Artis Korea

Skandal Pelacuran: Seungri Dihukum Penjara Tiga Tahun

gempak
Mya Amri
13/08/2021
07:18 MYT
Sponsor Banner
Skandal Pelacuran: Seungri Dihukum Penjara Tiga Tahun
Bekas anggota kumpulan K-Pop BIGBANG, Seungri dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun atas kesalahan membabitkan kegiatan pelacuran dan perjudian.
Seungri atau nama sebenarnya Lee Seung Hyun didapati bersalah bagi kesemua sembilan pertuduhan terhadapnya termasuk mengatur perkhidmatan pelacuran bagi pelabur-pelabur serta terlibat dalam perjudian antarabangsa.
Hukuman tersebut dijatuhkan mahkamah tentera selepas Seungri disiasat berhubung penglibatannya dalam skandal kelab malam Burning Sun di Seoul.
Seungri juga turut diarahkan membayar denda berjumlah 1.15 bilion won Korea iaitu bersamaan dengan RM4.17 juta.
Selain itu, mahkamah juga menyifatkan kesalahan bekas anggota kumpulan popular itu mencetuskan ancaman yang cukup berbahaya kepada negara.
"Tertuduh (Seungri) mengatur tawaran seksual kepada pelabur asing menerusi pelbagai acara serta bersekongkol dengan rakan perniagaannya Yoo In-suk demi mengaut keuntungan.
"Jenayah itu yang mengkomersialkan seks melanggar norma budaya kita dan benar-benar mendatangkan bahaya besar kepada negara," kata dakwaan itu.
Julai lalu, pendakwa raya memaklumkan Seungri tidak menunjukkan sebarang tanda insaf atau bersalah terhadap jenayah yang dilakukan sebaliknya menuding jari kepada orang lain, walaupun sudah mengaut keuntungan.
Terdahulu, Seungri disahkan terlibat dalam mengatur aktiviti pelacuran untuk beberapa golongan ternama sejak awal tahun 2019.
Sebelum ini, Seungri dituduh menawarkan perkhidmatan seksual kepada bakal pelabur dari luar negara di sebuah kelab malam di Gangnam pada 2015.
Selain itu, Seungri juga terlibat mengatur beberapa aktiviti berkaitan yang pernah dihoskannya di Filipina pada Disember 2017.
Seungri dikatakan bertindak sebagai pengawai ekskutif di mana penyanyi itu didakwa melaburkan wang tunai dan berkongsi pita seks menerusi aplikasi sembang mudah alih, KakaoTalk dengan rakan-rakannya.
Menerusi skandal itu penyanyi lain termasuk Jung Joon Young dan Choi Jong Hoon daripada FT Island turut dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan gangguan seksual dan rogol.
Pengasas syarikat pengurusan BIGBANG iaitu YG Entertainment, Yang Hyun Suk pula disiasat atas penglibatannya dengan skandal Burning Sun serta beberapa tuduhan lain.
Sumber: Soompi, Allkpop, Yonhap News
Kredit foto: Allkpop, Soompi
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live