Hiburan

Humban Sampah Dalam Sungai Macam Tu Je! Teka Dekat Mana?

Hanafis Haris
11/12/2019
11:29 MYT
Pada yang pernah mengunjungi India, pasti sedia maklum negara berkenaan bukanlah antara boleh dipuji tahap kebersihannya.
Tambahan pula, bandar Delhi telah diklasifikasikan sebagai antara bandar paling kotor di dunia.
Terbaru, satu video beberapa kumpulan membuang timbunan sampah mengundang kecaman netizen.
Video berdurasi hampir dua minit itu dimuat naik oleh laman Facebook dikenali sebagai Eco Society India.
Menerusi video berkenaan dapat dilihat tindakan sekumpulan penduduk yang menyaksikan proses pembuangan sampah yang dibawa menggunakan lori.
"Tiada perkataan untuk menjelaskan situasi di Sungai Valler ini," kata pengendali akaun tersebut.
Menerusi ruang komen, rata-rata netizen kecewa dengan sikap tidak bertangunggjawab pihak berkenaan.
Pada yang tidak tahu, India juga mengalami masalah pencemaran udara dan air yang menyebabkan penduduknya terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan.
Difahamkan kerajaan India sedang giat mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video