Hiburan
“The Humble King!” – BTS Dipuji Duduk Atas Lantai, Mudahkan Media Lihat Temubual Bersama Halsey
Kumpulan K-Pop terkenal dunia, BTS mendapat perhatian netizen selepas aksi mereka yang duduk di atas lantai sewaktu sidang media sedang berlangsung menjadi viral.
Keadaan itu berlaku disebabkan BTS tidak mahu mengganggu wartawan yang hadir untuk melihat temubual bersama penyanyi antarabangsa, Halsey di paparkan di skrin yang disediakan.
Difahamkan skrin yang diletakkan di bahagian belakang BTS itu menyebabkan wartawan yang hadir dari negara lain sukar untuk membaca sari kata temu bual itu kerana terlindung oleh badan anggota kumpulan tersebut.
Tindakan BTS yang kemudiannya terus bangun daripada kerusi sebaik sahaja menyedari keadaan tersebut dan memilih untuk duduk di atas lantai bukan sahaja mendapat pujian peminat mereka malah netizen juga.
Rata-rata menyifatkan BTS sebagai seorang yang sangat merendah diri walaupun mereka kini merupakan bintang terkenal dunia.
Situasi yang berlaku di sidang media MAP OF THE SOUL: PERSONA yang ditayangkan secara global itu berlangsung di Dongdaemun Design Plaza (DDP), Jung-Gu, Seoul semalam.
Terdahulu, BTS yang dianggotai oleh RM, Jin, SUGA, J-hope, Jimin, V dan Jungkook itu baru sahaja menamatkan konsert jelajah dunia ‘Love Yourself’ di Bangkok baru-baru ini.
BTS kini sedang sibuk mempromosikan mini album terbaru mereka, MAP OF THE SEOUL: PERSONA.
Must-Watch Video