Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Hun Haqeem Simpan Impian Untuk Anjur Pertandingan MMA Antara Selebriti - “Ini Adalah Langkah Pertama Saya Dalam Meneroka Bidang…”

Asyikin Mayudin
16/09/2024 11:55 MYT
Pelakon Hun Haqeem berkata dia dan aktor Andy Teh menyimpan impian untuk menganjurkan pertandingan seni bela diri campuran (MMA) membabitkan selebriti tempatan.

Impian anjur pertandingan

Sudah mempunyai beberapa perancangan ke arah itu Hun memberitahu dia sudah mula menyediakan platform kepada orang ramai untuk terbabit dalam seni mempertahankan diri.

“Saya dan Andy Teh (pelakon) memang ada berbincang fasal hal ini dan salah satu impian kami adalah menganjurkan pertandingan MMA membabitkan selebriti tempatan.

“Memandangkan kami baru saja menyediakan platform dengan membuka pusat sukan yang memfokus kepada MMA dan kelas lagak ngeri di Elitez Mont Kiara, Kuala Lumpur dan secara tidak langsung ingin mengajak lebih ramai orang aktif dalam sukan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Setiap Orang Ada Pandangan Masing-Masing” - Hun Haqeem Gembira Kakak Dapat Tunai Impian Main Gitar Di Majlis Perkahwinan Sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Pandai Masak Itu Satu Bonus” - Hun Haqeem Dedah Ciri-Ciri Wanita Pilihan Hati

ARTIKEL BERKAITAN: Hun Haqeem Syukur 'Chemistry' Dengan Heroin Selalu Menjadi - "Kalau Penonton Suka, Saya Happy"

ARTIKEL BERKAITAN: Sisih Sengketa! Hun Haqeem Kekal Hubungan Baik Dengan David Teo - “Kami Hadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama…”

“Malah baru-baru ini juga pelakon Indonesia, Randy Pangalila baru menjuarai satu pertandingan sukan tinju dan harapnya rakyat Malaysia juga dapat memberi sokongan apabila dianjurkan nanti,” katanya kepada Gempak.

Teroka bidang perniagaan

Berbicara lebih lanjut, Hun turut meluahkan rasa terharu apabila Andy sudi menerimanya sebagai rakan kongsi pusat sukan Elitez Mont Kiara.

“Ini adalah langkah pertama saya dalam meneroka bidang perniagaan berkaitan sukan dan rugi rasanya kalau saya tidak menimba pengalaman daripada Andy.

“Saya sebenarnya suka melihat rakyat Malaysia mengamalkan corak kehidupan yang sihat dan ini adalah satu cara untuk saya merealisasikan hasrat saya itu.

Kecederaan sudah pulih

Dalam pada itu, Hun turut berkongsi keadaan dirinya selepas melakukan pembedahan ligamen ACL sekitar tahun lalu.

Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy turut berkata, dia tidak menyangka kecederaannya segera pulih selepas pembedahan berkenaan.

“Amat mengejutkan apabila hari ini, iaitu selepas satu tahun menjalani pembedahan, saya mampu berjalan seperti biasa. Jujur saya katakan, rawatan fisioterapi yang saya lakukan selepas pembedahan sebenarnya membantu sepanjang proses pemulihan.

“Saya yakin, dengan disiplin, fizikal kita mampu menjadi lebih kuat, lebih-lebih lagi selepas pembedahan,” ujarnya.

#MMA #Hun Haqeem #Andy Teh #Seni Bela Diri #Pertandingan MMA #Seni bela diri campuran