,
Hiburan

Hun Haqeem Syukur 'Chemistry' Dengan Heroin Selalu Menjadi - "Kalau Penonton Suka, Saya Happy"

Ainun
05/09/2024
08:25 MYT
Pelakon kacak Hun Haqeem bersyukur apabila peminat dan penonton menilai kredibiliti lakonannya bersama rakan gandingan wanita menjadi di layar kaca.
Jelas Hun, dia bagaimanapun tidak pernah terfikir untuk terjerat dengan cinta lokasi dengan mana-mana heroin yang 'disandingkan' bersama dalam sesebuah karya.
"Saya sebenarnya bersyukur dan gembira kalau penonton betul-betul percaya dan suka akan gandingan saya bersama pelakon wanita yang lain. Bagi saya itu adalah tujuan utama dalam sebuah drama.

"Gembira rasanya kerana bagi saya perkara ini tidak pernah saya terfikir langsung. Sebab bagi saya Alhamdulillah hasil kerja saya bersama heroin itu berjaya," katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Hun turut berterima kasih kepada peminatnya yang sentiasa menyokong setiap lakonannya dan memuji setiap heroin yang digandingkan bersamanya.

"Apa-apapun saya ingin ucapkan terima kasih kepada peminat yang menonton drama-drama saya. Terima kasih juga atas sokongan anda semua kepada saya. Itu merupakan usaha bersama antara pelakon, Alhamdulillah.

"Saya betul-betul rasa bersyukur sebab setiap heroin dalam drama saya semuanya berbakat hebat dan saya rasa bertuah kerana dapat bergandingan dengan mereka serta saya ingin ucapkan terima kasih kepada mereka kerana menjayakan watak sehingga peminat dapat merasakan gandingan tersebut," tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Hun digandingkan bersama Qasrina Karim dalam drama rantaian Legenda Puteri Qaseh 2.
Drama sekuel itu ditayangkan setiap hari Isnin pukul 9 malam di saluran Astro Ceria dan Astro GO.

BERITA TRENDING: Sisih Sengketa! Hun Haqeem Kekal Hubungan Baik Dengan David Teo - “Kami Hadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama…”

BERITA TRENDING: Legenda Puteri Qaseh 2 Tampilkan Hun Haqeem & Dini Schatzmann

BERITA TRENDING: Erysha Emyra Anggap Hun Haqeem Ada Ciri-Ciri Lelaki Idaman - “Hubungan Saya & Dia Hanya…”

BERITA TRENDING: Mesra Berduet Bersama, Hun Haqeem & Daiyan Trisha Beri Bayangan Bercinta?

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

Lama Tak Muncul, Penampilan Terkini Aniq Suhair Buat Peminat Teruja - “Pergh Dah Katang Badan”

gempak
21/11/2024
08:50 MYT
Pelakon Aniq Suhair mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi imej terkini di media sosialnya, baru-baru ini.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Hiburan

Ikmal Amry Tak Selesa Lakon Babak Mesra Dengan Pelakon Wanita - “Salah Tetap Salah”

gempak
21/11/2024
04:55 MYT
Pelakon Ikmal Amry mengakui dirinya tidak selesa melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.
Hiburan

Fedi Nuril Pegang Watak Poligami Lagi, Peminat Harap Tak Jadi Dalam Dunia Nyata - “Satu Isteri Sudah Sangat Cukup”

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Aktor popular Indonesia, Fedi Nuril mencuri tumpuan apabila bakal tampil dalam naskah filem terbaharunya tidak lama lagi.
Unitar