Hiburan

"Hyper Teruk!" - Ain Edruce Kongsi Pengalaman Cuba Dalgona Coffee

gempak
Asraf Aided
05/04/2020
10:07 MYT
Sponsor Banner
"Hyper Teruk!" - Ain Edruce Kongsi Pengalaman Cuba Dalgona Coffee
Pelakon Ain Edruce berkongsi pengalamannya mencuba minuman Dalgona Coffee yang kini viral di media sosial.
Menurut Ain, dia dan suaminya, Amirul Hafizz telah mengalami kesan sampingan selepas mencuba minuman itu.
Perkara itu dikongsi Ain menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
Di entri yang sama, Ain turut berkongsi foto paparan skrin dari seorang indvidu yang mengalami sesak nafas, pucat di bahagian kaki dan jantung berdegup laju selepas mencuba minuman itu.
"Khas untuk sesiapa yang nak cuba Dalgona Coffee, so kitorang ada cuba juga okay, @amirul_hafizz tak pernah minum kopi, dia pun cuba Dalgona, apa yang terjadi dekat Mirul lebih kurang sama dengan apa yang korang baca kat atas sebab dia tak pernah minum kopi.
"Saya dan @edila_edruce jadi macam apa korang tengok tu, hyper teruk," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Ain menasihati sesiapa yang belum mencuba minuman itu untuk berhati-hati.
"Berhati-hati untuk sesiapa yang nak cuba pertama kali okay," tulisnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut Ain turut berkongsi pengalaman mereka yang hampir sama selepas mencuba minuman viral itu.
Selain Ain, pelakon Betty Rahmad juga telah mengalami kesan sampingan yang sama apabila mencuba minuman tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live