"I Bini Orang Tengok Gambar Ni Lupa Kejap Husband" - Netizen Tak Keruan Bila Zul Ariffin Kongsi Foto Tak Berbaju...

Kamaruddin Razal
Januari 10, 2019 17:06 MYT
Aktor sasa Zul Ariffin sekali lagi mencetuskan 'kegelisahan' di kalangan peminat wanita.
Menerusi kemas kini laman sosial Instagram milik Zul, pelakon itu memuat naik beberapa keping foto tidak berbaju di kolam renang.
Rata-rata peminat wanita kagum dengan badan sasa Zul dan meninggalkan komen bernada gurauan.
Dalam perkembangan lain, Zul bakal muncul dalam filem Misteri Dilaila terbitan Skop Production dan Astro Shaw.
Selain Zul, filem arahan Syafiq Yusof itu dibintangi oleh Datuk Rosyam Nor, Elizabeth Tan, Sasqia Dahuri, Mas Khan, Nam Ron dan ramai lagi.
Filem Misteri Dilaila bakal menemui penonton pada 21 Februari ini.
#pelakon #Zul Ariffin #Pelakon