Pelakon dan penyanyi Datin Diana Danielle mendedahkan dia merupakan antara tiga orang yang bertuah serta akan mendapat hadiah sempena sambutan tahun baru.

Diana menerusi Instagram Stories miliknya memuat naik 'screenshot' perbualannya bersama
individu yang menyamar sebagai farid_kamilz2.

Dalam entri tersebut, dikatakan Diana dibelikan beg dan barang kemas namun begitu dia diminta untuk merahsiakan mengenai pemberian itu.

Individu tersebut turut meminta alamat dan nomber telefon Diana untuk menghantar hadiah tersebut ke rumah.

Diana melabel individu tersebut sebagai 'scammer'.