Kakak kepada pengacara Neelofa, Noor Nabila menerima beberapa kiriman mesej yang memberi kata-kata semangat kepada dirinya.

Menerusi kemas kini ruangan Instagram Stories milik Nabila, dia berkongsi beberapa 'screenshot' perbualannya di Whatsapp.

Tanpa mendedahkan nama individu tersebut, Nabila menerima kiriman doa yang mengharapkan dia kuat menempuh dugaan yang menimpa.




Sebelum ini desas-desus keretakan rumah tangga Nabila dan Sharnaaz mula diperkatakan ramai apabila beberapa kali berkongsi status sedih di media sosial.

Nabila dan Sharnaaz berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Jebat Jayden.