"I Know You Still Love Me" - Fathia Latiff
Amri Hassan
11/01/2024 00:53 MYT
11/01/2024 00:53 MYT
Terus mencuri perhatian, pelakon Fathia Latiff memuat naik siri hantaran foto aktor kacak Aiman Hakim Ridza di Instagramnya.
"I know you still love me," tulis Fathia dalam gambarnya yang masih belum bertudung itu lagi.
Kemudiannya, Fathia memuat lagi keratan akhbar luahan hati Aiman selepas putus cinta dengannya.
Tulis Fathia; "Maaf ya bik!" (difahamkan merujuk kepada Zahirah sepertimana panggilannya ketika sesi siaran langsung awal minggu ini).
Kedua-dua hantaran ditutup ruangan komen daripada interaksi dengan pengikutnya.
Fathia juga menegaskan dia lebih cantik dan bagus berbanding Zahirah kerana pernah memenangi Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular pada tahun 2016.
Selepas Zahirah, Fathia yang kini bertugas sebagai kerani di pusat guaman bergaduh dengan bekas kawan baiknya iaitu Zarina Anjoulie pula.
Lebih panas lagi apabila masing-masing mengeluarkan kenyataan memburukkan satu sama lain.
Untuk rekod, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berusia dua tahun.
Pasangan ini juga bakal menimang cahaya mata kedua selepas memaklumkan berita gembira di Instagram pada pertengahan Disember lalu.
Sebelum ini, Aiman dan Fathia pernah menjalin hubungan cinta selama dua tahun, namun mereka berpisah pada 2015.
BERITA TRENDING: Berkelakuan Aneh, Netizen Dakwa Fathia Latiff Dalam Fasa ‘Tak Sihat’? - “Dia Tengah Manic La”
Foto pertama memaparkan dirinya bersama Aiman sekitar tahun 2014 dengan kapsyen berbunyi seolah-olah suami kepada Zahirah MacWilson itu masih mencintainya."I know you still love me," tulis Fathia dalam gambarnya yang masih belum bertudung itu lagi.
Kemudiannya, Fathia memuat lagi keratan akhbar luahan hati Aiman selepas putus cinta dengannya.
Tulis Fathia; "Maaf ya bik!" (difahamkan merujuk kepada Zahirah sepertimana panggilannya ketika sesi siaran langsung awal minggu ini).
Kedua-dua hantaran ditutup ruangan komen daripada interaksi dengan pengikutnya.
PILIHAN PEMBACA: "Saya Lebih Cantik Daripada Dia" - Fathia Latiff Sindir Wajah Zahirah McWilson Seperti Bibik?
Nama Fathia hangat diperkatakan netizen selepas mengkritik rupa paras Zahirah MacWilson seperti bibik.Fathia juga menegaskan dia lebih cantik dan bagus berbanding Zahirah kerana pernah memenangi Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular pada tahun 2016.