Pelakon Nabila Huda meluahkan rasa kurang senang terhadap sesetengah golongan yang kurang kesedaran sivik dan tidak bertanggungjawab.

Menerusi muat naik di Instagram (IG)nya pada Selasa, Nabila berang apabila ada individu yang tidak menjaga kebersihan di kawasan persekitaran mereka.

Nabila dalam nada tegas berkata, dia tidak mengerti mengapa perlu membuang sampah dan puntung rokok di merata-rata tempat sedangkan tong sampah sudah disediakan.

“Benda ni saya cakap untuk semua orang. Tak kiralah yang belajar tinggi pun. Jagalah, saya dah letak tong sampah kat depan tu, buanglah sampah kata dalam tu!

“Dan lagi satu, agak-agaklah kalau tong sampah tu dah penuh tak salah pun untuk tolong angkat, masukkan betul-betul.

“Kenapa? Geli? Korang buang sampah merata tak geli pula?,” Ni ibu-ibu yang ada anak kecil tu janganlah buang pampers anak dalam tong sampah awam.

“Ni buang pampers anak dekat tong sampah kedai makan…Apa tu? luahnya kesal apabila bahagian hadapan premisnya dipenuhi sampah akibat perbuatan golongan tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, Nabila sempat memberikan nasihat kepada ibu bapa supaya mendidik anak-anak bermula dari kecil tentang kesedaran sivik.

“Kesedaran sivik ini perlu dipupuk dalam jiwa anak-anak sejak mereka kecil. Kita sebagai ibu bapa kena tegah dan ajar anak-anak supaya tidak membuang sampah merata-rata, jaga kebersihan.

“Kalau korang sendiri hidup dalam persekitaran kotor, korang pun tak suka kan?” katanya.

Bagaimanapun Nabila telah mendapat jalan penyelesaian dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di premisnya untuk mengelakkan masalah tersebut berulang.

“Saya dah dapat penyelesaian. Saya dah pasang CCTV supaya boleh nampak wajah-wajah yang buat kerja tak senonoh ni.

“Lepas tu, saya akan letak muka anda di IG dan biar satu Malaysia nampak muka tu!,” katanya.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut bersetuju dengan tindakan Nabila dan berasakan golongan tiada sivik perlu diberi pengajaran.

Please tengok sampai habis..??

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

If you try me, I’ll make you famous..?

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on