"I Love You So Much But I Have To Let You Go " - Fadlan Hazim

Amri Hassan
Julai 9, 2018 06:23 MYT
Pelakon kacak Fadlan Hazim berkongsi rasa sedih apabila terpaksa menjual kenderaan kesayangan yang banyak berjasa kepadanya sejak mula bergelar artis.
Kereta jenis Suzuki Aerio itu kata Fadlan digunakannya sejak berusia 18 tahun.
"Today is a very sad day for me dan sangat sentimental sebab kena let go my kereta kesayangan yang dah banyak berjasa since umur 18 lagi.
"Reason terpaksa let go sebab kereta ni ‘rare’ dan spare part dia dah tak wujud di tanah air kita dan kereta ni dah lama tersadai, macam-macam binatang dah bersarang," jelas Fadlan.
Tambahnya, kereta itu menyimpan banyak memori malah pernah menjadi 'rumahnya' suatu ketika dahulu.
"Anyway kereta ni yang banyak membantu menggerakkan perjalanan di awal karier saya masa mula-mula jadi pelakon extra lepas tu jadi budak boyband kejap, satu Malaya kereta ni bawa kami tour.
"Pernah jadi rumah saya kejap selama beberapa minggu ada satu time tu masa hidupku ini agak terumbang ambing.
"Macam-macam experience go through dengan kereta ni happy, sedih, otak bercelaru, gila-gila muda mudi, nervous menggigil dalam kereta sebab nak masuk set, tempat menjana idea dan rehearsal.
"I love u so much my black suzuki batmobile, but today i have to let u go," tambahnya.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @fadlanhazim
#pelakon #Viral #Pelakon #Viral #Fadlan Hazim