Pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Luna Maya tidak ketinggalan berkongsi keterujaannya sewaktu menonton konsert BTS World Tour: Love Yourself di Bangkok, Thailand hujung minggu lalu.

Menerusi akaun Instagramnya, Luna mengakui telah jatuh hati dengan ketua kumpulan berkenaan iaitu RM.

Luna memberitahu dia terpikat dengan senyuman manis RM atau nama sebenarnya Kim Namjoon.

Entri itu juga turut disertakan dengan foto RM yang sedang tersenyum sambil menampakkan lesung pipit di kedua belah bahagian pipinya.

“I Love your smile ? #LoveyourSelf #tour #BTS #RM #namjoon,” tulisnya.

I Love your smile ? #LoveyourSelf #tour #BTS #RM #namjoon

A post shared by Luna Maya (@lunamaya) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat K-Pop senang hati melihat Luna yang begitu gembira ketika menghadiri konsert berkenaan.

One Happy day #BTS #loveyourself #tour ?

A post shared by Luna Maya (@lunamaya) on

Terdahulu, konsert BTS World Tour: Love Yourself telah diadakan selama dua hari di Stadium Rajamangala pada 6 April lalu dihadiri lebih 50,000 peminat.

Foto: Instagram @lunamaya