Vokalis Drama Band, Aepul Roza memaklumkan anak perempuannya, Nur Saffiya Alisha, 5, juga positif COVID-19.

Aepul berkongsi perkara itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya menerusi ruangan IG Story.

Menurut Aepul, dia kini menjalani kuarantin bersama puteri sulungnya.

My poor baby. Alisha juga positif. I’m sorry baby girl. Daddy jaga awak, okay?” tulisnya.


Dalam pada itu isterinya, penyanyi dan pelakon Leez Rosli juga menyatakan kerisauan dan berharap orang ramai dapat mendoakan kesihatan suami dan anaknya itu.

“Dia disahkan positif COVID-19 melalui ujian saringan PCR. Allahu, beratnya rasa bahu ini. Duduk elok-elok dengan daddy okay.

“Umi janji umi kuat untuk jaga tiga orang… Daddy, Alisha dan adik dalam perut,” tulisnya.


BACA: Aepul Roza, Drummer Drama Band Positif Covid-19

Terdahulu menerusi perkongsian beberapa hari lalu, Aepul atau nama sebenarnya, Noor Syaiful Mohd Zalaludin, 33, memaklumkan dirinya disahkan positif selepas melakukan ujian calitan kali kedua.