Selepas dikecam teruk oleh wargamaya, bekas ratu cantik, Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James membuat penjelasan menerusi laman Instagram miliknya.

Samantha memberikan pencerahan mengenai isu yang mendakwa dirinya seorang yang rasis menerusi entri terbaru yang dimuat naik di laman Instagram miliknya malam tadi.

BACA: “To The Black People.. Relax” - Dilabel Amal Sikap Perkauman, Ramai Mahu Gelaran Bekas Miss Universe Malaysia Dilucutkan!

Polemik bermula susulan kenyataan Samantha yang didakwa berbaur perkauman apabila menyentuh bangsa kulit gelap di Amerika Syarikat.

Berikut merupakan kenyataan penuh Samantha:






A post shared by Samantha Brahmacharini (@samanthakayty) on


Walaubagaimanapun, ruangan komen di entri terbabit ditutup oleh Samantha.

Sebelum ini, gadis kacukan Cina tempatan dari sebelah ibu dan Brazil dari sebelah bapa ini mengakui dia menanti keadaan reda sebelum memberikan kenyataan penuh.

BACA: "Saya Tak Rasis..Orang Salah Faham" - Samantha Tunggu Keadaan Reda, Bakal Beri Kenyataan Penuh Dalam Masa Terdekat

Selain itu, Instagram juga sudah mengambil tindakan dengan membuang 'verified badge' di akaun miliknya.

BACA: Instagram Buang 'Verified Badge' Bekas Miss Universe Malaysia, Netizen Minta Samantha Tutup Akaun

Dalam pada itu, meninjau ke akaun Instagram Samantha, wakil Malaysia di pertandingan ratu cantik Miss Universe 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat ini dihujani komen kecaman oleh wargamaya.



Entri yang dimuat naik sebelum penjelasan Samantha telah dihujani lebih 100,000 komen netizen yang mengkritik tindakannya.