Pelakon terkenal Hollywood, Tom Cruise, mengambil serius dengan protokol Covid-19 ketika penggambaran filem Mission Impossible terbarunya di United Kingdom.

Menurut akhbar The Sun, Tom mengamuk dan marah pada dua orang kru filem yang terlibat yang tidak menjaga penjarakan sosial ketika di set penggambaran.

"You're f**king gone if it happens again," jerit Tom Cruise kepada kru yang berada kurang daripada 6 kaki (1.8 meter) antara satu sama lain.

Ianya mungkin nampak seperti perkara kecil tetapi pelakon tersebut mahu memastikan seluruh produksi filem tersebut mematuhi segala keselamatan yang ditetapkan untuk mengelak daripada jangkitan Covid.

Seperti yang dilaporkan oleh TMZ, Tom Cruise berhadapan dengan tekanan daripada Hollywood, terutamanya studio dan syarikat-syarikat insuran yang melabur untuk filem Mission Impossible bagi mengelakkan sebarang wabak Covid-19 daripada merebak.

"I'm on the phone with every f***ing studio at night, insurance companies, producers, and they're looking at us and using us to make their movies.

"We are creating thousands of jobs you m****r f***ers. I don't ever want to see it again, ever! And if you don't do it you're fired, and I see you do it again you're f***ing gone," jerit Tom Cruise dalam satu rakaman audio yang disiarkan di akhbar The Sun.


Menurut laporan itu lagi, Tom Cruise sendiri menjalankan pemeriksaan di set penggambaran untuk memastikan setiap orang yang terlibat mematuhi segala arahan mengikut protokol yang ditetapkan.

Kredit: TMZ & The Sun
Kredit Gambar: Getty