Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia Datuk Dr Mohd Daud Bakar menasihatkan orang ramai supaya berberlanja dengan berhemah apabila pengeluaran i-Sinar dibuat.
Mohd Daud berkata, ia penting bagi mengelakkan wang tersebut digunakan secara tidak terkawal.
Had pengeluaran i-Sinar perlu mengambil kira keperluan semasa kerana ia hanya bersifat penyelesaian sementara dalam jangka masa pendek.
Ia termasuk menyelesaikan perkara yang mendesak dan tertangguh akibat penularan Covid-19 dan bukannya peluang untuk 'raya sakan'.
Katanya, dalam konteks semasa, pengeluaran wang berkenaan seharusnya digunakan untuk pembiayaan pendidikan anak-anak selari dengan konsep perbelanjaan kepenggunaan.
"(Digunakan) untuk makan, pakaian dan elemen asas kehidupan itu tidak salah, tetapi harus kepada perkara produktif kerana perlu diingat, ia adalah wang kita sendiri dan bukannya pemberian hadiah atau sumbangan.
"Mungkin ada yang ingin mengeluarkannya dalam jumlah yang banyak sekali gus, tetapi wang itu perlu disimpan di tempat yang lebih selamat.
"Penyakit gelap mata akibat duit ini, bukan hanya berlaku kepada golongan biasa dan pertengahan, tetapi orang yang biasa hidup mewah juga berdepan masalah ini," katanya kepada Harian Metro.
Beliau juga mencadangkan agar kerajaan tampil dengan kempen dan promosi menyeluruh bagi mengingatkan orang ramai supaya berbelanja dengan berhemah apabila pengeluaran i-Sinar dibuat.
Katanya, walaupun nasihat itu biasa didengar, namun ia perlu untuk memastikan orang ramai tidak berbelanja sesuka hati kerana wang itu adalah simpanan untuk masa depan.
"Pengeluaran simpanan yang dibenarkan ini juga satu pemberian yang besar ertinya. Jadi ia perlu digunakan dengan bermakna, pastikan perkara yang perlu diselesaikan dulu berbanding yang lain.
"Ini bukan kejayaan, bukan juga kemenangan, ini penyelesaian sementara. Ini duit kita untuk masa depan, tetapi dikeluarkan lebih awal. Jadi kita kena uruskannya sebaik mungkin," katanya.
Khamis lalu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan pengeluaran i-Sinar.
Ia berikutan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif itu selepas mengambil kira maklum balas orang awam yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
[[BACA: Terima Kasih Kerajaan! Dengar Keluhan Rakyat, Syarat Pengeluaran i-Sinar Dimansuhkan]]
Fiza Kamarudin
Mon Feb 15 2021
Sheriff: Ramai Terkejut Ada Kodi Rasheed, Netizen Rate 10 Bintang - “Lakonan Dia Memang Top Notch!”
Sekali keluar memang terus bagi impak, pergh!
Netizen Throwback Salah Laku Yang Pernah Dilakukan Aliff Aziz - “Ultimate Disgusting”
Pelbagai kisah lampau serta kontroversi yang melibatkan Aliff Aziz kembali dikongsi oleh netizen.
Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"
Pelakon lelaki yang pernah dikaitkan dengan Bella Astillah, Muaz Zabir tampil berkongsi beberapa petikan peribahasa di Instagramnya.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Shuk seronok video call | YES TUAN EP 2
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Pemergian Bapa Beri Impak Besar, Rasa 'Kosong' Antara Faktor Muncul Personaliti Berbeza Iqram Dinzly
Pelakon Iqram Dinzly, mengakui personaliti berbeza yang muncul dalam dirinya adalah sedikit sebanyak disebabkan oleh pemergian bapanya Menurut Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, tidak menafikan tragedi yang menimpa dirinya telah memberi impak besar dalam kehidupannya. . “Bila ayah sakit kena strok tak boleh
Bekas ‘Skandal’ Rossa Sera Nafi Jadi Punca Video Tersebar - “Saya Pun Dah Move On Dengan Dia…”
Muncul pula bekas skandal Rossa Sera...
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Walaupun Telah Undur Diri Daripada DOLLA, Syasya Masih Lagi Artis Bawah Universal Music Malaysia
Kontrak bekas anggota DOLLA, Syasya Rizal bersama Universal Music Malaysia masih tidak terbatal.