Bekas isteri penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Bella Astillah berkongsi sebuah 'quote' mengenai meneruskan kehidupan.

Perkongsian itu dibuat menerusi laman Twitter miliknya semalam.

"Moving on isn't about not loving someone anymore and forgetting them.

"It's about having the strength to say I still love you, but you're not worth this pain," tulisnya.Walaupun entri itu dituliskan secara umum, netizen beranggapan ia mempunyai kaitan dengan Aliff Aziz.

Kebanyakan daripada pengikutnya bersetuju dengan apa yang dikongsikan malah tidak putus memberikan kata semangat kepada Bella.



Bella memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Aliff pada 21 Mac lalu selepas beberapa kali tertangkap menjalin hubungan dengan wanita lain.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden yang kini berusia dua tahun.