Pelakon Atikah Suhaime mendedahkan majlis perkahwinannya bersama penyanyi Awi Rafael yang dijadualkan bakal berlangsung pada Ahad ini telah dibatalkan.

Perkara itu telah dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri tersebut, Atikah mengucapkan terima kasih kepada Awi kerana telah menjaganya dengan baik sepanjang bergelar tunangan.

Atikah menyatakan Awi adalah seorang lelaki yang terbaik serta berharap hubungan mereka akan kekal baik.

"I have lost the music of my life.

"With a very heavy heart, I regret to inform you that our wedding this Sunday is cancelled.

"Awi and I have worked very hard, or perhaps I didn't fight enough for our love.

"I thank Awi for taking care of me when I was his fiance.

"You're the best I can ever wish for. I hope we will remain close confidants like how we used to all these years," tulisnya.

Artis kelahiran Singapura ini juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga Awi dan keluarganya sendiri yang telah menjadi tunjang utama untuk dirinya.

"I thank his family for always being there for me.

"And also my family for being the greatest support.

"To those who have worked very hard to make our wedding a good one, I can't thank you enough.

"Tapi tak ada rezeki. Perhaps God has different plans for us.

"It's difficult to me to accept this. I thought I could fix things at the last minute. But this is how it is," tulisnya lagi.

Walau bagaimanapun, entri di IGnya itu sudah dipadam semalam.

Atikah dan Awi mengikat tali pertunangan pada 17 Mac lalu dan dijangka berkahwin pada Ahad akan datang ini.