HIBURAN
Syed Saddiq Pernah Kena Tampar Gara-Gara…
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berkongsi pernah berhadapan dengan insiden buli sewaktu zaman persekolahannya.
Menurutnya, peristiwa itu berlaku pada tahun dia menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Saya bukan seorang yang berdiam diri. Masa SPM dulu, ada kes buli berlaku depan mata saya. Saya terus ambil tindakan, sampai saya sendiri kena penampar sebab pertahankan kawan yang dibuli,” katanya kepada Gempak.
Syed Saddiq berkongsi pengalaman tersebut ketika ditemui pada majlis pengiktirafan Restoran Thong Bowl dalam ASEAN Book of Records di IOI City Mall, baru-baru ini.
Mengulas isu buli dalam kalangan pelajar sekolah, Syed Saddiq melahirkan kebimbangan dan berharap ia dapat ditangani segera.
Sebagai seorang wakil rakyat, Syed Saddiq berharap setiap sekolah dapat menjadi satu institusi selamat supaya anak-anak boleh dapat pendidikan terbaik,
Dalam pada itu, bekas Menteri Belia dan Sukan ini turut mendedahkan dirinya juga pernah menjadi mangsa buli siber sepanjang bergelar wakil rakyat.
Katanya, ketika dia berhadapan cabaran di mahkamah dia telah menerima pelbagai kecaman, video dan gambar berbentuk serangan peribadi.
“Apabila saya berhadapan cabaran di mahkamah, banyak ungkapan, video, gambar kena sebat, nampak darah. Tapi untuk diri saya, berani kerana benar.
“Sebagai seorang penggubal undang-undang, kita perlu menerima kritikan dengan hati yang terbuka, walaupun kritikan itu kadang-kadang pedas, sakit untuk ditelan.Saya pun hanya merupakan yang berkhidmat, saya terpaksa terima ni. Kerana profession yang berkhidmat ni, apabila ada kuasa, walaupun sedikit dia punya skrutini pun perlu lebih tinggi. Maksudnya, perlu terimalah.
“Jangan sampai keganasan fizikal lah, jadi saya bermuhasabah dalam bab begini tapi harapan saya leave the family out,” kongsinya.
Must-Watch Video