Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

“I Want Salted Egg! Been Craving!” - Sharifah Sakinah Mengidam Salted Egg? Dah Kenapa?

Mya Amri 11/02/2019 | 06:34 MYT
Pelakon, Sharifah Sakinah meluahkan keinginannya untuk menikmati hidangan yang berkaitan dengan Salted Egg.
Menerusi video pendek yang dimuat di akaun Instagramnya, Sakinah seolah-olah mengidam dan hampir ‘gila’ jika tidak dapat menikmati makanan tersebut.
“Salted egg! I want salted egg! Salted egg! Salted egg! Yess! Find me Salted Egg! I’ve been craving for salted egg!” katanya berulang-ulang kali dalam video tersebut.
Difahamkan, Sakinah telah mencuba mencari hidangan Salted Egg di Hawaii namun tidak berjaya.
Video pendek itu juga merakamkan Sakinah memohon pengikut Instagram berkongsi lokasi yang menjual makanan popular berkenaan.
Jika di Malaysia, hidangan popular itu boleh dinikmati dengan pelbagai lauk antaranya ayam, udang, ketam dan juga sotong.
Foto: Flickr.com
Cuba bayangkan, sotong digoreng ranggup dan kemudiannya disalut pula dengan kuah telur masin dan dihidangkan bersama nasi putih beserta sup. Fuhhh! Nikmat betul!
Foto: Dapur Kreasi
Memang tidak hairanlah mengapa Sakinah begitu teringin untuk menikmati hidangan berkenaan sehingga sanggup terbang kembali ke Malaysia.
Mari kita lihat perjalanan Sakinah yang berusaha untuk mendapatkan hidangan kegemarannya.

Ni video 2 hari lepas kat Hawaii! Mengidam semacam! Balik je dah makan salted egg prawns semalam. Tapi nak lagi. You guys can recommend tak? Wei tolong ahh nak salted egg sangat ?#saltedegg boleh dm kalau tau kat mana ada salted egg

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Jika anda penggemar hidangan Salted Egg, mungkin anda boleh kongsikan dengan Sakinah.
#pelakon #Sharifah Sakinah #Pelakon #Salted Egg
;