Seorang mualaf bernama Hafiz akui lagu nyanyian Mawi berjudul HambaMu antara penyebab dia memeluk Islam.

Menurut Hafiz lagu tersebut lebih dekat dengan dirinya selepas dia sudah mula mendalami Islam.

“Sebelum saya mendengar lagu ini, ketika itu saya sudah didakwah oleh kawan Islam saya dan sudah mula mempelajari Islam.

“Jadi bila dengar lagu ini saya terpikat dengan lirik dan melodinya. Ia membuatkan saya lebih faham tentang Islam,” katanya kepada Mawi.

Hafiz ditemu bual Mawi ketika diundang ke konti menjadi tetamu radio Zayan.

Temu bual tersebut dimuat naik menerusi akaun rasmi Zayan di Instagram.

Bercerita lanjut mengenai penghijrahannya memeluk agama Islam, Hafiz akui kawannya sendiri yang banyak mendorongnya.

“Saya ada kawan yang mengajar saya tentang Islam, limu tauhid, mengenai kisah Nabi.

“Kawan saya itu selalu menceritakan tentang Islam setiap kali kami pulang dari kerja selama setahun lebih.

“Namun saya terpikat untuk memeluk Islam ketika itu adalah akhlaknya yang baik,” katanya lagi.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikut yang kagum dengan penghijrahan Hafiz.

Antara penyebab Hafiz memeluk Islam adalah disebabkan lagu Hambamu daripada @cahayaasmawi ?. #IndahDihati

A post shared by ZAYAN (@zayan.my) on