Pendakwah selebriti Da’i Syed tidak menafikan hubungan dia dengan pengacara Nurulhana Ismail dalam fasa serius memandangkan kedua-dua keluarga sudah bertemu di sebuah majlis.
Da’i Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful berkongsi perkara itu selepas berhubung dakwaan dirinya mengadakan majlis pertunangan bersama pengacara tersebut baru-baru ini.
Bagaimanapun, Da’i Syed yang lebih selesa untuk tidak mengulas panjang mengenai majlis tersebut, hanya memohon orang ramai mendoakan yang terbaik untuk dirinya.
“Kalau itu adalah majlis yang dianggap (majlis pertunangan), doakan yang terbaik. Tapi boleh dikatakan ia adalah majlis pertemuan dua keluarga. Perkenalan di antara dua keluarga.
“Kami baharu mengenali dua keluarga, kalau sudah disahkan, bermakna kalau betul kami akan ke arah yang baik, kami akan beritahu. Cuma buat masa sekarang saya tak boleh nak cakap apa lagi. Takut nanti cerita, tak jadi apa pula.
“Kami akan beritahu apa yang seterusnya, kemudian. InsyaAllah. Mohon semua doakan yang terbaik untuk saya,” katanya kepada Gempak.
Nurulhana atau Hana adalah seorang pengacara program Assalamualaikum dan Kemanisan Iman Bersama Al-Quran di saluran TV AlHijrah.
Menurut Da’i Syed, mereka berkenalan di sebuah majlis dan mulai berkenalan dengan lebih dekat sejak tiga bulan yang lalu.
Malah, Da’i Syed yang juga seorang penyanyi itu juga mengakui dirinya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
“InsyaAllah saya sudah bersedia untuk berkahwin, cuma sekarang kami dalam tempoh perkenalan dalam dua keluarga,” katanya.
Pada 27 Oktober lalu, pelakon Datin Seri Umie Aida memuat naik gambar Da’i Syed bersama pengacara program televisyen di saluran TV Alhijrah, Nurulhana Ismail sambil diiringi ibu kedua-dua belah pihak di sebuah kediaman.
Menerusi perkongsian gambar itu disertakan kapsyen mendoakan urusan dua figura itu dipermudahkan namun hantaran tersebut dipadamkan oleh Umie beberapa minit selepas ia dimuat naik.
Asyikin Mayudin
Sat Oct 29 2022


Kurita - Rindu | Minggu 4 | The Masked Singer Malaysia Musim 3
Jangan lupa saksikan The Masked Singer Malaysia 3 pada setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna. Undi MASKED-TERFUL kesayangan anda di www.gempak.com/maskedsinger

Highlights & Komen Juri Persembahan | Minggu 4 | The Masked Singer Malaysia Musim 3
Jangan lupa saksikan The Masked Singer Malaysia 3 pada setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna. Undi MASKED-TERFUL kesayangan anda di www.gempak.com/maskedsinger

Nyoq Muda - Kau Bunga Cintaku | Minggu 4 | The Masked Singer Malaysia Musim 3
Jangan lupa saksikan The Masked Singer Malaysia 3 pada setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna. Undi MASKED-TERFUL kesayangan anda di www.gempak.com/maskedsinger

Piza Panas - Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-baik Saja | Minggu 3 | The Masked Singer Malaysia Musim 3
Jangan lupa saksikan The Masked Singer Malaysia 3 pada setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna. Undi MASKED-TERFUL kesayangan anda di www.gempak.com/maskedsinger

Kurita - Yang Terindah Hanyalah Sementara | Minggu 3 | The Masked Singer Malaysia Musim 3
Jangan lupa saksikan The Masked Singer Malaysia 3 pada setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna. Undi MASKED-TERFUL kesayangan anda di www.gempak.com/maskedsinger

Brokoli - Mimpi | Minggu 3 | The Masked Singer Malaysia Musim 3
Jangan lupa saksikan The Masked Singer Malaysia 3 pada setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna. Undi MASKED-TERFUL kesayangan anda di www.gempak.com/maskedsinger

Highlights & Komen Juri Persembahan | Minggu 3 | The Masked Singer Malaysia Musim 3
Jangan lupa saksikan The Masked Singer Malaysia 3 pada setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna. Undi MASKED-TERFUL kesayangan anda di www.gempak.com/maskedsinger

Zirafah - Kau Aku | Minggu 2 | The Masked Singer Malaysia Musim 3
Jangan lupa saksikan The Masked Singer Malaysia 3 pada setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna. Undi MASKED-TERFUL kesayangan anda di www.gempak.com/maskedsinger

Nyoq Muda - Perpisahan Terasing | Minggu 2 | The Masked Singer Malaysia Musim 3
Jangan lupa saksikan The Masked Singer Malaysia 3 pada setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna. Undi MASKED-TERFUL kesayangan anda di www.gempak.com/maskedsinger
.png?ext=.png)
ATNM2: Busker Menangis Dinobat Juara, Kaut RM50,000 - "Saya Memang Dah Lama Nak ..."
Busker Dinobatkan Juara ATNM2!