“Ia Menyakitkan Bila Lihat Anak Tidur Bersama…”- Ika Nabella Sedih Terpisah Dengan Anak Kerana…
Syafiqah Jalal
10/03/2022 05:50 MYT
10/03/2022 05:50 MYT
Pelakon Ika Nabella akui perkara paling sedih apabila diduga virus Covid-19 adalah terpaksa berpisah dengan anaknya, Noah Zayn yang baru berusia dua tahun.
Kata Ika dia amat merindui anaknya yang turut merasai perkara yang sama apabila beberapa kali mengetuk pintu bilik tempat kuarantinnya.
“Perkara paling sukar bila kena Covid-19 ni adalah terpisah dengan anak. Saya menangis teruk kerana rindukan anak.
“Ia menyakitkan bila melihat anak sendiri tidur bersama orang lain.
“Semoga Allah permudahkan urusan saya. Ustazah pernah cakap anak ini dugaan, dugaan untuk kita sebagai ibu lebih dekat atau jauh dariNya,” katanya.
Bekas bintang Akademui Fantasia musim ke-6 itu berkongsi perkara itu di Insta Story miliknya.
Ika yang difahamkan sudah beberapa hari dijangkiti wabak itu memberitahu dia mempunyai simptom selera makan dan hilang deria rasa.
“Terpkasa makan juga. Dah tak ada bau dan rasa. Bila makan rasa panas sahaja,” beritahunya.
Sekdar info, Ika dan suami, Muhammad Zaid Aznam mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Pulau Pinang.