Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan Hari Lahir Buat Cucu Perempuan, Harap Terima Hadiah Yang Ditinggalkan - “Kami Tetap Tidak Akan Berhenti Cuba Untuk…”
Asyikin Mayudin
18/07/2024 03:25 MYT
18/07/2024 03:25 MYT
Ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza menitipkan ucapan selamat hari lahir kepada cucu perempuannya iaitu Ara Adreanna yang berusia empat tahun pada 18 Julai, Khamis.
Harap Dapat Bertemu
Hafiza atau mesra disapa sebagai Fiza menerusi Instagram tetap mendoakan yang terbaik dan tidak akan pernah berputus asa untuk mencari peluang bertemu dengan cucunya.
“Sanah helwa buat cucu umi wan dan tok ayah Ara Adreanna yang sangat-sangat kami rindui. Masyaallah Alhamdulillah Ara you turn 4 years old today. Umi wan, tok ayah, daddy, aunty Aisyah dan aunty Ain doakan Ara panjang umur menjadi anak yang soleha dan berjaya dunia dan akhirat.
“Walaupun kami tidak dapat berjumpa atau bercakap dengan Ara sehingga hari ini, kami tetap tidak akan berhenti mencuba untuk berjumpa dengan awak sebab awak darah daging kami. Insya-Allah, dengan izin Allah,” kongsinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Yasmine Nafi Jadi Pembuli Siber, Dakwa Diri Difitnah - “Best Kan Tuduh Orang Letak Dadah..”
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Aliff Aziz Coretkan Kata-Kata Semangat Buat Anaknya - “Kamu Tidak Mempunyai Niat Buruk Terhadap Sesiapa..”
Pada perkongsian yang sama, Hafiza turut mendedahkan dia juga sudah menyediakan hadiah dan berharap cucu perempuannya itu menerimanya.
“Enjoy your day sayang. Kami ada tinggalkan hadiah untuk awak dan kami harap awak terima. Sehingga kita berjumpa lagi, Insya-Allah. Kami sayangkan awak dan abang Ayden sehingga selamanya,” ujarnya.
Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.
Kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus apabila penyanyi kelahiran Singapura itu ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium pada 9 Mac lalu.
Pasangan selebriti itu akhirnya sah bercerai pada 13 Jun lalu.