Hiburan

Ruhainies Kongsi Tips Kekal Sabar & Tenang - "Allah Kurniakan Saya Dengan Rezeki Banyak, Disayangi Ramai"

gempak
Amri Hassan
09/07/2024
01:58 MYT
Sponsor Banner
Ruhainies Kongsi Tips Kekal Sabar & Tenang - "Allah Kurniakan Saya Dengan Rezeki Banyak, Disayangi Ramai"
Pelakon sensasi Ruhainies terus dihenyak warganet selepas tular kisah kontroversinya membabitkan pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz dan bekas isteri, Bella Astillah.
Namun, hal itu tidak meruntuhkan kesabaran Ruhainies untuk meneruskan kehidupan sehariannya.

Jawab soalan netizen

Menjawab pertanyaan warganet tentang caranya kekal diam, sabar, dan tenang, Ruhainies bersyukur dilimpahkan rezeki dari Allah dan sentiasa disayangi individu di sekelilingnya.

"Allah kurniakan saya dengan rezeki yang banyak, pekerjaan, penggambaran sana sini, disayangi ramai keluarga dan rakan-rakan, kesihatan dan sebagainya sepanjang 31 tahun ini.

"Allah baru uji ujian besar baru sekali, takkan saya nak mengeluh. Saya terima dan redha dan bersyukur juga. Dia uji sebab Dia sayang," katanya dalam hantaran di Instagram Stories itu.
Percaya pada rezeki Allah, Ruhainies turut berkongsi sepotong petikan ayat Al-Inshirah.
"Saya percaya tiada yang sia-sia dan saya yakin pasti ada rezeki besar yang Allah dah aturkan untuk saya. Insya-Allah.
"No storms last forever," tambahnya.

BERITA TRENDING: “Top Up Beli Eye Mo Lebih Sis” - Sarah Yasmine Sindir Ruhainies Lagi?

BERITA TRENDING: "Lebih 10 Tahun Berkhidmat, Tak Pernah Lihat Pasangan Senyum Sebab Kes Khalwat" - Staf Agensi Agama

BERITA TRENDING: Michael Ang Tak Boikot Ruhainies, Sedia Bekerjasama - "Cuma Bakat Lakonan Dia Tak Ada Lagi Yang Sesuai Dengan Watak Saya Cari"

BERITA TRENDING: Ruhainies Sedih Sebab Dah Kecewakan Peminat Yang Sayangkannya - “Tapi Kes Baru Tertuduh, Belum Dibuktikan Bersalah lagi”

Terdahulu, Aliff dan Ruhainies yang hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkhalwat yang dilakukan pada 9 Mac lalu.
Hakim kemudiannya menangguhkan perbicaraan pada 17 Oktober depan.
Aliff dan Ruhainies didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama dan sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dihukum denda maksimum sebanyak RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live