Ibu Amy Search, Nenek Nabila Huda Meninggal Dunia
Maliah Surip
01/08/2021 16:02 MYT
01/08/2021 16:02 MYT
Rockers Amy Search kehilangan ibunda tercinta, Hajah Fatimah Idris yang meninggal dunia akibat sakit tua.
Allahyarhamah pulang ke rahmatullah pada usia 88 tahun di kediaman anak saudaranya di Kuala Lumpur, semalam.
"Ibu saya telah meninggal dunia kerana sakit tua. Mohon sedekahkan Al Fatihah buat beliau dan semoga diitempatkan dalam kalangan orang beriman," ujar Amy kepada Gempak.
Menurut pemilik nama sebenar Suhaimi Abdul Rahman itu, beliau dan isterinya, Nourish kali terakhir bertemu Allahyarhamah pada bulan Ramadan tahun ini.
Namun kemudian, kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), vokalis yang baru menyambut ulang tahun ke 63nya pada 28 Julai lalu ini hanya kerap bertanya khabar menerusi panggilan telefon serta membuat videocall.
Sebelum ini Allahyarham pernah menetap bersama Amy di ibu kota dan kerap dikunjungi cucunya, Nabila Huda sebelum kembali ke kampung di Johor Bahru. Sejak itu Amy kerap pulang untuk menziarah ibunya yang memang tidak berada dalam keadaan baik.
Allahyarhamah juga dijaga secara bergilir oleh kakak sulung Amy, Hajah Azizah, yang turut menetap di Kuala Lumpur.
Al Fatihah buat Hajah Fatimah Idris dan salam takziah dari Gempak buat seluruh keluarga Amy.