Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

"Ibu Bapa Adalah Pintu Syurga..." - Jasmin Hamid Gembira Anak Tak Malu Cium Ibu Bapa Di Khalayak Ramai

Asraf Aided
22/05/2020 11:07 MYT
Pelakon Jasmin Hamid bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang tidak berasa malu untuk mencium atau diciumnya di depan orang ramai.

Menurut Jasmin, anak-anaknya sentiasa berpendapat ibu bapa adalah jalan ke syurga dan pinjaman sementara di dunia.

"Syukur Alhamdulillah, Allah kurniakan saya dengan anak-anak yang tak malu dicium dan mencium ibu bapa walaupun di tempat umum.

"Bagi mereka, ibu bapa adalah pintu syurga mereka, pinjaman Allah, curahkan kasih sayang sementara Allah berikan peluang," tulis Jasmin di Instagram.



Dalam pada itu, Jasmin turut berterima kasih kepada arwah ibu bapanya kerana mendidik dengan penuh kasih sayang.

"Terima kasih kepada arwah mama dan arwah baba saya yang mendidik kami dengan penuh kasih sayang, didiklah keluarga kita dengan kasih sayang, kenapa mesti malu untuk cium sayang family kita?

"Bila cium orang yang bukan mahram tak malu pula?" tulisnya lagi.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Syukur alhamdulillah.. Allah kurniakan saya dengan anak-anak yang tak malu di cium dan mencium Ibubapa walaupun di tempat umum sebab bagi mereka, Ibubapa adalah Pintu Syurga mereka, pinjaman Allah.. Curahkan kasih sayang sementara Allah berikan peluang... . . Terima kasih kepada Arwah MAMA dan Arwah BABA saya yang mendidik kami dengan penuh kasih sayang... Didiklah family kita dengan kasih sayang.. Kenapa mesti malu untuk cium sayang family kita???? Bila cium orang yang bukan mahram, tak malu pulak??? . . Hebat Bukan? #artismalaysia #pelakonmalaysia #motherson #anakberanak #anakbaik #amanahallah #hebatbukan

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on


Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Jasmin meninggalkan respon positif dan bersetuju dengan pendapatnya itu.

Terdahulu, Jasmin telah mendirikan rumah tangga dengan Ian Rashid Macquistan namun berpisah pada 4 Februari 2008.
 
Hasil daripada perkahwinan itu, Jasmin seorang anak iaitu Ian Haziq, 18.
 
Jasmin juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Rohana dan Luqman Hakim.

#pelakon #Anak #Pelakon #Jasmin Hamid