Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ibu Bapa Albertine Leo Tidak Kenal Mana-Mana Suspek Culik, Polis Masih Teruskan Siasatan!

Ainun
25/07/2024 10:25 MYT
Ibu bapa kepada Albertine Leo Jia Hui, 6, tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kelima-lima suspek yang direman bagi membantu siasatan kes penculikan kanak-kanak itu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, ini termasuk lelaki yang ditemui bersama-sama kanak-kanak perempuan berkenaan dalam hotel murah di Batang Kali, Selangor pada Selasa.

"Setakat ini, jumlah tangkapan masih kekal lima orang. Reman empat daripada mereka akan tamat esok, jika tiada keperluan mereka akan dibebaskan dengan jaminan polis manakala reman ke atas suspek terakhir akan tamat pada 29 Julai depan.

"Saya ingin tegaskan bahawa ibu dan bapa kepada mangsa tidak mengenali kesemua suspek, namun siasatan masih diteruskan sama ada kelima-lima suspek mengenali satu sama lain.


"Motif penculikan dan hubungan antara kelima-lima suspek juga masih dalam siasatan. Persoalan berkaitan baju tertera logo festival yang dipakai suspek kelima, pakaian itu boleh dibeli di festival berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, pada Khamis.

Bagaimanapun, Kumar memberitahu masih terlalu awal untuk mengatakan siasatan berhubung kes penculikan itu telah lengkap kerana pihaknya masih menyiasat pelbagai aspek lain.

"Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

"Sementara itu, saya ingin berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang membantu menyalurkan maklumat sehingga kanak-kanak berkenaan berjaya ditemukan dengan selamat.


"Masyarakat juga banyak memberi maklumat dan kerjasama untuk kita sama-sama memastikan Johor kekal selamat untuk semua pihak," jelasnya.

BERITA TRENDING: Dekta Pernah Hilang Di KL, Shuib & Arwah Siti Sarah Panik - "Dalam Beberapa Saat Saja..."

BERITA TRENDING: Abang Farah Kartini Dakwa Jumpa Suspek 4 Hari Selepas Adik Hilang - "Dia Nampak Takut-Takut"

BERITA TRENDING: Selepas 3 Hari Hilang, Ini Gambar Terkini Albertine Leo Bersama Keluarga

BERITA TRENDING: Berakhir Dengan Tragis & Kekal Misteri Hingga Kini… Ini Kes Kanak-Kanak Hilang Yang Pernah Gemparkan Negara

Pada Sabtu, Albertine Leo dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya ketika berada festival Bon Odori yang berlangsung di Eco Galleria, Iskandar Puteri.

Sumber: Sinar Harian

#Culik #Polis #Ibu Bapa #Albertine Leo