Skip to main content

Berita Tempatan

Berakhir Dengan Tragis & Kekal Misteri Hingga Kini… Ini Kes Kanak-Kanak Hilang Yang Pernah Gemparkan Negara

astrogempak_kes-kanak-kanak-hilang-yang-gemparkan-negara.png

Nurin Jazlin, 8, dilaporkan hilang ketika keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, di sini, kira-kira pukul 8 malam, 20 Ogos 2007.

Arwah yang menghidap komplikasi buah pinggang dan darah tinggi dilaporkan hilang ketika keluar berseorangan untuk membeli sepit rambut di pasar malam itu.

Mayat Nurin Jazlin ditemui dalam beg sukan yang ditinggalkan di hadapan sebuah rumah kedai di PJS 1/48, Petaling Jaya.

Kehilangan kanak-kanak Sharlinie Mohd Nashhar yang berusia empat tahun pada 9 Januari 2008 turut menggemparkan negara.

Peristiwa penuh misteri itu berlaku ketika Sharlinie bersama kakaknya, Sharliena (ketika itu tujuh tahun) dalam perjalanan pulang ke rumah dari taman permainan kira-kira 200 meter dari rumah sewa keluarganya di Taman Medan, Petaling Jaya.

Walaupun beribu-ribu poster hilang diedarkan, tiada apa-apa konkrit yang pernah timbul mengenai keberadaan Sharlinie.

Nurul Nadirah atau Dirang, 4, dilaporkan hilang pada 1 Mac 2012 ketika membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam sebelum disahkan meninggal dunia akibat dibunuh dan dibakar pada 12 Mac tahun yang sama.

Misteri kehilangan Dirang terjawab apabila laporan Jabatan Kimia mengesahkan ujian DNA ke atas mayat rentung yang dijumpai di sebuah lubang di tapak perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai, Johor pada 8 Mac 2012 adalah milik mangsa.

Pada Jun 2013, suspek yang membunuh Dirang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru setelah didapati bersalah membunuh Dirang.

5. Noor Amila Edrus Norsham

Noor Amila Edrus, 5, dilaporkan hilang di Jinjang Utara selepas pergi ke surau berdekatan kediamannya dan tidak pulang hingga waktu Maghrib sebelum ditemukan meninggal dunia pada 11 Ogos 2018.

Noor Amila dipercayai meninggal dunia pada hari pertama dilaporkan hilang dan mayatnya ditemukan di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang.

Mayat kanak-kanak berumur lima tahun itu ditemui dalam keadaan meniarap dengan tangan dan kaki diikat tali kabel.

6. Zayn Rayyan

Penghujung 2023, negara turut digemparkan dengan kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin berusia enam tahun yang disyaki dibunuh selepas lebih 30 jam dilaporkan hilang.

Mayat kanak-kanak itu ditemukan di kawasan saliran air kira-kira 200 meter dari kediaman keluarganya oleh orang awam yang menyertai operasi mencari mangsa.

Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

Susulan itu, ibu bapa kanak-kanak malang itu ditahan bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, berdasarkan data diperoleh daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes membabitkan orang hilang kekal kira-kira 900 insiden setiap tahun.

Saifudin turut menafikan dakwaan orang ramai mengenai berlakunya peningkatan mendadak kes orang hilang di negara ini. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Kes Nurin Jazlin Tak Pernah Ditutup”- Polis Terima Maklumat Baru, Mohon Seorang Individu Warga Indonesia Supaya…

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Terus Buru Seorang Individu Bunuh Zayn Rayyan, Semoga Pelaku Ditangkap!

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka Hilang, Budak 10 Tahun Rupanya Berjalan Ke Pusat Beli Belah

ARTIKEL BERKAITAN: Leo Jia Hui Ditemui Selamat!

Must-Watch Video

Advertisement