Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"Ibu Dalam Keadaan Lemah Hingga Tak Boleh Bangun" - Zul Yahya Mohon Doa Peminat

Rozaimi Zubaidi 09/08/2018 | 03:47 MYT
Pelakon dan penceramah bebas Zul Yahya memohon peminat mendoakan kesihatan ibunya yang dikejarkan ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan.
Perkhabaran itu disampaikan menerusi kemas kini akaun Instagram (IG) miliknya, @zulyahya70 semalam.
"Perancangan Allah yang terbaik. Petang tadi rancang balik Ipoh nak uruskan soal perpindahan saya dan keluarga kesini.
"Sampai je rumah ibu, ibu dalam keadaan lemah hingga tak boleh bangun.
"Mohon doakan ibu saya diberikan kesihatan yang baik," tulisnya.

perancangan Allah yg terbaik ... petang tadi rancang balik Ipoh nak uruskan soal perpindahan sy dan keluarga kesini tapi sampai je rumah ibu , ibu dalam keadaan lemah hingga tak boleh bangun ... mohon doakan ibu sy diberikan kesihatan yg baik

A post shared by Zul Yahya (@zulyahya70) on

Dalam pada itu, peminat yang risau dengan keadaan tersebut meninggalkan komen serta mendoakan supaya ibunya kembali pulih selepas menerima rawatan.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram
#pelakon #Pelakon #Zul Yahya
;