Hiburan

Ibu Dedah Bella Astillah Tak Tahu Tentang Pendedahan ‘Kekasih Gelap’ Aliff Aziz - “Dia Tengah Shooting”

gempak
Asyikin Mayudin
22/04/2024
03:25 MYT
Sponsor Banner
Ibu Dedah Bella Astillah Tak Tahu Tentang Pendedahan ‘Kekasih Gelap’ Aliff Aziz - “Dia Tengah Shooting”
Susulan pendedahan seorang wanita yang mendakwa dia adalah ‘kekasih gelap’ Aliff Aziz, ibu kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah menafikan anaknya mengetahui tentang perkara itu.

Bella Tengah Shooting

Bella yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran itu juga tidak mengetahui mengenai pendedahan yang dibuat oleh wanita bernama Sarah Yasmine.
"Isu apa itu? Dia (Bella) tidak tahu apa-apa fasal itu (pendedahan Sarah Yasmine). Dia tengah shooting,” katanya secara ringkas.

Tak Dapat Hubungi Bella

Sementara itu, usaha Gempak untuk mendapatkan kenyataan Bella gagal apabila selebriti itu tidak memberi respon ketika dihubungi.
Terdahulu, seorang wanita warganegara Singapura yang dikenali sebagai Sarah Yasmine mendedahkan dirinya ‘kekasih gelap’ kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.
Menerusi pendedahan di akaun Instagramnya, wanita itu tampil memberi kenyataan bagi menjernihkan keadaan kerana tidak sanggup melihat Aliff Aziz dicerca keseorangan.
Malah, apa yang lebih memeranjatkan wanita itu turut terkejut apabila kekasih gelapnya itu masih berhubung rapat dengan pelakon wanita yang telah ditangkap khalwat bersama Aliff baru-baru ini.
Tidak terhenti disitu, wanita tersebut turut mendakwa individu berinisial ’NRF’ telah menjadi ‘dalang’ untuk membolak-balikkan rumahtangga penyanyi tersebut.
Pada 9 Mac lalu, nama Aliff Aziz terpalit dengan kontroversi apabila dia dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara bersama pelakon Ruhainies.
Susulan itu, kedua-dua pelakon itu menjadi sasaran kemarahan netizen sebelum Aliff dan Ruhainies tampil membuat permohonan maaf namun menafikan dakwaan mereka berkhalwat.
Isteri Aliff iaitu Bella Astillah kemudiannya memfailkan penceraian secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun pelakon itu enggan menceraikannya pada sebutan kes pada 4 April lalu.
Kes penceraian Aliff dan Bella disambung semula pada 4 Jun depan.

BERITA TRENDING: 'Kekasih Gelap' Dakwa Kecewa Ditipu, Akui Aliff Aziz Pasang Dua Ketika Jalin Hubungan Istimewa Dengannya - “Hati Saya Hancur”

BERITA TRENDING: Selepas Didakwa Ada ‘Kekasih Gelap’, Netizen Tercari-Cari Ibu Aliff Aziz - “Hilang Dah IG Maknya…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live