Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ibu Duduk Dengan Kepala Anak Dipenggal Kerana Pertikaian Nak Sambut Diwali

Maliah Surip
02/11/2024 02:49 MYT
Seorang warga emas di India sanggup duduk dan memangku kepala anaknya yang telah dipenggal kerana terlibat dalam pertikaian tanah pusaka.

BERITA TRENDING: Bapa Maafkan Anak Penggal Kepala Ibu: “Apapun Dia Tetap Darah Daging Saya…”

Aksi wanita itu duduk dan memangku kepala anaknya selama beberapa jam telah tular menerusi sebuah video. Dia dilihat duduk dan dipujuk penduduk kampung untuk menerima hakikat bahawa anaknya telah mati.

Mangsa, Anurag Yadav, 17, maut selepas kepalanya dipenggal dengan pedang oleh salah seorang ahli keluarga yang bergelut dengan pertikaian tanah lebih empat dekad lamanya.

Insiden yang berlaku di sebuah kampung di Jaunpur di Uttar Pradesh itu didakwa berlaku selepas seorang lelaki dikenali sebagai Ramesh Yadav mula membersihkan rumput di kawasan tanah terbiar untuk sambutan festival Diwali.

“Anurag telah bertemu suspek dan diserang dengan pedang lalu memenggal kepalanya. Insiden ini berlaku berasal daripada pertelingkahan tentang kepemilikan tanah di antara dua pihak,” ujar wakil pihak berkuasa seperti dilaporkan The Independent.

BERITA TRENDING: Ya Allah Kejamnya! Lelaki Penggal Kepala Ibu, Sorok Dalam Kotak?

BERITA TRENDING: Filem Padmavati Cetus Kemarahan Kaum Hindu, Kepala Deepika Padukone Diancam Penggal

BERITA TRENDING: SRK Akan Penggal Kepala Anak Lelakinya Jika Menyakiti Hati Wanita

#Viral #Anak #India #Ibu #Kepala #Penggal #Diwali
;