Hiburan

“Ibu Insan Paling Gembira Melihat Kami Jumpa Ayah” – Anak Menangis Jumpa To’ki

gempak
Fiza Kamarudin
22/07/2020
04:03 MYT
Sponsor Banner
“Ibu Insan Paling Gembira Melihat Kami Jumpa Ayah” – Anak Menangis Jumpa To’ki
Selepas empat tahun anak kepada penyanyi To'ki, Noor Hidayah atau Yaya, terpanggil bertemu bapanya pada Jumaat lalu.
Mengulas mengenai ibunya, Yaya berkata, ibunya gembira melihat hubungan mereka kembali jernih.
"Ibu selalu berpesan tidak melupakan ayah. Dia, antara insan yang paling gembira melihat kami berjumpa ayah. Selepas ini, insya-Allah kami akan selalu berjumpa ayah.
"Selepas apa yang terjadi, kami adik beradik berasakan ayah layak untuk hidup gembira dan sekarang, kami mahu menggembirakan ayah," katanya.
Tambah Yaya, selepas bertemu ayahnya pada Jumaat lalu, dia kembali membawa adik-adik yang lain pada hari berikutnya. "Selepas kisah ayah tular, hati saya memang mahu bertemu ayah. Sebelum berjumpa, kami ada berbual di telefon. Apabila saya dan suami mahu keluar makan, kami mengajak ayah sekali pada Jumaat lalu.
"Esoknya, saya datang berjumpa ayah bersama adik-adik pula. Saya juga berkesempatan melihat rumah ayah dan kemudiannya, kami keluar makan bersama.
"Di restoran, kami berpeluang lihat ayah menyanyi secara 'live'. Jujurnya, saya gembira, terubat rindu nak tengok ayah menyanyi. Bukan kami sahaja, malah ayah juga kelihatan gembira dapat bersatu semula dengan anak, cucu dan menantu," kata ibu kepada dua orang anak lelaki itu.
Anak kedua daripada lima beradik itu turut meluahkan rasa syukur melihat ayahnya sudah mempunyai tempat tinggal selesa didiami bersama isteri baharu, Sharifah Fairuz Syed Yusof. "Doa kami sememangnya mahu lihat ayah hidup selesa. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu ayah.
"Melihat ayah bahagia bersama isterinya sekarang, kami juga gembira. Isterinya baik, melayan kami seperti keluarga sendiri ketika kami ke rumahnya," katanya.
Terdahulu, Yaya mendakwa kali terakhir bertemu bapanya kira-kira empat tahun lalu ketika melangsungkan perkahwinan.
Yaya mengeluarkan dakwaan selepas kisah kehidupan To'ki, 53, dan isterinya, Sharifah Fairuz, 48, yang tinggal dalam pondok di pinggir hutan di Batu 12, Gombak, tular, beberapa minggu lalu. To'ki memiliki lima cahaya mata hasil daripada perkahwinan pertama. Anak sulungnya, Mohd Hafizi, 28, diikuti Noor Hidayah, 27, Noor Husna, 22, Noor Aishah, 21 dan Mohd Hairi Hanis, 18.
Menerusi perkahwinan kedua bersama Nik Aida Mustapha dikurniakan Nur Nilam Qaseh.
Sumber/Foto: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live