Ibu Kejam Dipenjara, Anak 4 Tahun Maut Diberi ‘Susu’ Berkarbonat
Maliah Surip
31/05/2024 18:55 MYT
31/05/2024 18:55 MYT
Seorang ibu akhirnya dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun selepas mengakibatkan secara sengaja terhadap kematian anaknya yang baru berusia empat tahun.
Air berkarbonat
Kanak-kanak malang tersebut maut kerana kencing manis selepas diberi susu yang dicampur dengan air berkarbonat dari jenama Mountain Dew.
Pendakwaraya di Ohio, Amerika Syarikat antaranya dipetik berkata wanita tersebut, Tamara Banks telah berlaku kejam dan mengabaikan anak perempuan, Karmity Hoeb hampir pada sepanjang kehidupannya.
Akibat perbuatan kejam dan tidak berperikemanusian tersebut, kanak-kanak itu antaranya mengalami kerosakan gigi sehingga ronggak.
Hoeb juga didiagnos mengidap kencing manis tahap satu, lapor FoxNews.
Malah sehari sebelum meninggal dunia, Hoeb dikejarkan ke hospital selepas Banks menghubungi talian 911 selepas melihat anaknya berubah menjadi biru dan berhenti bernafas.
Dia bagaimanapun tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia kerana kencing manis serta kecederaan otak pada 25 Januari 2022 di Cincinnati Children’s Hospital Medical Center.Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?
Pendakwaraya di Ohio, Amerika Syarikat antaranya dipetik berkata wanita tersebut, Tamara Banks telah berlaku kejam dan mengabaikan anak perempuan, Karmity Hoeb hampir pada sepanjang kehidupannya.
Akibat perbuatan kejam dan tidak berperikemanusian tersebut, kanak-kanak itu antaranya mengalami kerosakan gigi sehingga ronggak.
Hoeb juga didiagnos mengidap kencing manis tahap satu, lapor FoxNews.
Malah sehari sebelum meninggal dunia, Hoeb dikejarkan ke hospital selepas Banks menghubungi talian 911 selepas melihat anaknya berubah menjadi biru dan berhenti bernafas.
Dia bagaimanapun tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia kerana kencing manis serta kecederaan otak pada 25 Januari 2022 di Cincinnati Children’s Hospital Medical Center.