Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ibu Kongsi Pengalaman Bersalin, Muka Anak Calar Terkena Alat Pecah Ketuban - “Syukur Tak Kena Mata, Tapi Hampir Ya”

Gempak
06/06/2024 01:30 MYT
Seorang ibu meluahkan rasa kecewa apabila peralatan untuk memecahkan air ketuban terkena pada bayi di dalam kandungannya.

Mujur alatan tak terkena mata bayi

Menceritakan kisah tersebut, wanita yang dikenali sebagai Nurul Apiqah memaklumkan doktor terpaksa menggunakan kaedah tersebut untuk memecahkan air ketubannya bagi menyelamatkan nyawa bayi di dalam kandungan.

BERITA TRENDING: “Bukan Semua Benda Kita Perlu Kongsi” – Video Wanita Pecah Air Ketuban Atas Sofa Ketika Beraya Raih Kecaman

BERITA TRENDING: “Dah Enam Kali Bersalin, Tahu Keupayaan Badan Sendiri”- Isu Berpantang, Shahida Hanya Keluar Sekejap Sebab Kerja

Bagaimanapun maklum Apiqah, alatan yang dikenali sebagai amniohook atau coccus yang berbentuk runcing itu didakwa terkena pada pada bahagian wajah anaknya sehingga menyebabkan sedikit luka.

Menerusi video pendek yang dikongsi di platform TikTok miliknya jelas kelihatan kesan luka panjang itu bermula dari bahagian pipi sehingga dahi.

BERITA TRENDING: Suami Hadiahkan Kereta Mewah Sempena Bersalin, Ramai Minta Madammu Mengandung Lagi - Ini Jawapan Empunya Badan!

BERITA TRENDING: Sempat Rasa Sabun Sebelum Bersalin, Asha Merican; "Rasa Puas Tu Tak tahu Nak Cakap Macam Mana"

Namun, menyebelahi bayi comel itu kerana alatan tersebut tidak terkena di bahagian matanya.

“Saja nak kongsi pengalaman saya bersalin di Hospital Taiping. Anak saya terkena alat pecah ketuban di muka. Syukur tak kena mata tapi hampir hampir ya,” tulisnya.

Sudah memafkan

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya apakah tindakan yang diambil oleh Apiqah selepas kejadian tersebut.

Apiqah kemudiaannya membalas komen netizen dengan menjelaskan bahawa pihak hospital sudah memohon maaf kepadanya berkenaan perkara itu.

“Saya kalau doktor datang elok-elok minta minta maaf saya okay sahaja. Saya pun dah maafkan sebab ialah, benda kat dalam kan. Jangan doktor yang sombong,” tulisnya.


Untuk info, alatan amniohook atau coccus yang berbentuk runcing ini digunakan untuk memecahkan air ketuban bagi membantu kontraksi semula jadi terjadi

Tindakan ini dipilih oleh doktor untuk menyelamatkan nyawa bayi.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

#Viral #Bersalin #Tular #Pengalaman Bersalin #Alat Pecah Ketuban #Ketuban #Pecah Ketuban
;