Hiburan
Sempat Rasa Sabun Sebelum Bersalin, Asha Merican; "Rasa Puas Tu Tak tahu Nak Cakap Macam Mana"
Pelakon Asha Merican berkongsi pengalaman mengidam perkara pelik ketika hamil anak pertamanya, Aura Medina.
BERITA TRENDING: Lepas Bau Simen & Main Lato-Lato, Isteri Harris Annuar Mengidam Makan Sabun - “Rasanya Fuh Kicking”
Kongsi isteri kepada pelakon Harris Annuar itu menerusi temubual bersama Pa & Ma, dia terpaksa menahan diri demi menjaga kandungannya ketika itu."Sebenarnya saya dah lama nak cuba tapi saya simpan tak makan-makan sebab takut jadi apa-apa dekat anak saya.
"Masa tu dah nak beranak lagi berapa hari je saya nak jugak makan sabun tak tahu kenapa. Hati saya cakap ‘kau kena makan juga sabun ni’.
"Sebelum ni saya boleh tahan ambil bau je. Tapi sampai je dekat rumah mak saya sebelum dia beranak, last sekali masuk dalam mulut macam jilat sikit sabun gel," katanya.
BERITA TRENDING: “Wahai Anakku, Baby Lato-Lato” - Harris Annuar Selamat Timang Cahaya Mata Sulung
Tambah Asha lagi, perasaan dapat makan sabun itu memberi satu kepuasan buat dirinya."Rasa puas tu tak tahu nak cakap macam mana. Sedap jugak sebenarnya," katanya.
Sebelum ini, Harris berkongsi beberapa momen lucu apabila Asha yang sedang hamil pernah mengidam bau simen dan bermain lato-lato.@pama.my Di podcast Borak: Pa&Ma episod 10 kita bersama Harris Annuar, Asha Merican dan puteri comel mereka iaitu Auraa Medina. Min tak boleh fokus episod ni Medina comel sangat. Mesti ada yang tahu kan dulu waktu hamilkan Medina ni, Asha banyak sangat mengidam.. Yang pelik pelik tau, lain dari yang lain! Jom dengar video penuh di Youtube dan Facebook Majalah Pa&Ma. #majalahpama #fyp #harrisannuar #bangkitbotakbangkit ♬ Funny video "Carmen Prelude" Arranging weakness(836530) - yo suzuki(akisai)
Untuk rekod, Asha dan suami yang juga pelakon Harris Anuar mendirikan rumah tangga pada 11 Jun 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aura Medina yang kini berusia satu tahun.
Must-Watch Video