Hiburan
Ibu Lindsay Lohan Nafi Anak Peluk Islam
Ibu kepada aktres Hollywood Lindsay Lohan, Dina Lohan menafikan khabar yang mendakwa anaknya kini memeluk agama Islam.
Tindakan Lindsay yang memadamkan semua foto di laman Instagram miliknya serta menulis “Alaikum Salam” di ruangan keterangan Instagram mengundang spekulasi orang ramai.
Disebabkan tindakan Lindsay itu, ramai beranggapan pelakon filem Mean Girls ini sudah memeluk agama Islam.
Dalam satu kenyataan kepada portal Gossip Cop, Dina menafikan khabar angin tersebut.
Tambah Dina lagi, anaknya hanya ingin merehatkan diri sejenak dari media sosial.
Sebelum ini, pada tahun 2015, Lindsay pernah dikecam teruk kerana berjalan sambil memeluk Al-Quran di Brooklyn, New York.
Lindsay juga pernah memberitahu mahu mengubah dirinya ke arah yang lebih baik disamping mendalami ilmu agama.
Sumber: Gossip Cop
Must-Watch Video