Ibu Maid Hubungi Zaquan Adha, Merayu Bantu Anak Di KL - "Menangislah Air Mata Darah Sekali Pun, Saya Takkan..."
Ernalisa
27/08/2024 08:25 MYT
27/08/2024 08:25 MYT
Suami kepada pelakon Ayu Raudhah, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha mendedahkan ibu kepada salah seorang pembantu rumahnya yang melarikan diri minggu lalu ada menghubunginya baru-baru ini.
Rayu wanita berkenaan agar anaknya kembali diterima bekerja dan dimaafkan atas tingkah lakunya yang melanggar etika bekerja.
Rayu wanita berkenaan agar anaknya kembali diterima bekerja dan dimaafkan atas tingkah lakunya yang melanggar etika bekerja.
BERITA BERKAITAN : Sheriff Jalankan Misi Ops CLEAR Tewaskan Halangan, Bagaikan Syampu CLEAR Takkan Sentap Bila Seratus Peratus Mantap!
BERITA BERKAITAN : Keluarga Tak Mahu Tunai Wasiat Mendiang Alain Delon Dikebumi Bersama Anjing Hidup
BERITA BERKAITAN : Pelakon Veteran Dedah Gembira 17 Tahun Jadi Perempuan Simpanan: “Dia Bagi Elaun”
BERITA BERKAITAN : Keluarga Tak Mahu Tunai Wasiat Mendiang Alain Delon Dikebumi Bersama Anjing Hidup
"Dua tiga hari selepas dia lari, saya dapat tahu kedua-duanya dah ada di KL. Emak dia ada telefon sayalah sambil nangis-nangislah suruh saya pergi ambil anak dia. Dia juga yang bagitahu anak dia ada dekat KL.
"Lepas itu dia pesan dengan saya supaya jangan marah-marah anak dia. Tapi saya cakap dekat mak dia, kalau saya datang ambil pun saya akan pergi dengan polis. Kena tangkap pun tak apa.
"Merayula macam mana pun... saya takkan ambil mereka berdua bekerja semula dan saya tak kan pergi ambil mereka. Biar polis sahaja yang uruskan," ujarnya kepada Gempak.
Tambah Zaquan lagi, dia nekad untuk tidak menerima kembali kedua-dua pembantu rumahnya yang telah melarikan diri untuk kembali bekerja di kediaman mereka.
"Untuk apa saya ambil dia? Sebab dia pun dah lari rumah. Cuma saya call orang yang bawa dia ke sini untuk digantikan dengan pembantu rumah lain.
"Kalau pergi ambil pun, saya akan pergi dengan polislah... tetapi saya ambil keputusan untuk tidak pergi sebab tak guna pun saya nak ambil dia.
"Mereka nak lari mana? Sebab pasport dia pun ada dengan saya jadi mereka tak boleh lari kemana pun," katanya.
Terdahulu, Ayu menerusi hantaran media sosial mendedahkan kedua-dua pembantu rumahnya yang berasal dari Indonesia telah melarikan diri.
Zaquan memberitahu Gempak bahawa kedua-duanya difahamkan terasa hati selepas ditegur tidak melakukan tugasan hakiki dan tidak membantu ibunya yang sakit yang turut berada di rumahnya di Seremban, Negeri Sembilan.