Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ibu Tunggal Kecewa, Anak Jadi Perempuan Simpanan Sebab Nak Naik Pangkat - “Sanggup Libatkan Diri Dengan Boss Yang Dah Kahwin”

Mya Amri
28/06/2024 01:53 MYT
Tular di media sosial baru-baru ini mengenai seorang ibu meluahkan rasa kecewa dengan sikap dua orang anak perempuannya.

Kecewa dengan sikap dua anak perempuan

Seorang menjalinkan hubungan sulit dengan majikannya semata-mata untuk peningkatan kerjaya manakala seorang lagi pula dengan pantas beralih kepada cinta baru selepas berkahwin dengan teman lelakinya.

Wanita yang berkongsi kisah menerusi hantaran di akaun Facebook portal XUAN PLAY itu menyatakan tindakan kedua-dua anaknya itu telah membuatkan dirinya terasa seperti seorang ibu yang tidak berdaya.

BERITA TRENDING: "Sengsara Dia Buat Saya Bahagia!" - Wanita Bangga Rembat Suami Kakak Sendiri, Simpan Dendam Sejak Kecil


BERITA TRENDING: "Jangan Jolok Sarang Tebuan!" - Lama Tahan Sabar, Shu Shukri Dedah Perbualan Lucah Bekas Suami & Penyondol?


BERITA TRENDING: "Tahniah Buat Bekas Sahabat Saya Ruhainies Berjaya Runtuhkan Masjid" - Bella Astillah

Anak perempuan sulung bawa pulang pasangan baharu

Wanita itu mendedahkan, anak perempuan sulung yang baru sahaja berkahwin dengan teman lelakinya kini beralih kepada hubungwn cinta lain.

Tidak hanya perasaan cinta, malah anak perempuannya itu juga turut membawa pulang pasangan baharu ke rumah.

Bagaimanapun katanya ketika cuba memberi nasihat, dia mendapat kritikan dan juga cemuhan daripada anaknya dan rakan-rakan.

​BERITA TRENDING:Didakwa Cadang Jadikan Ruhainies Menantu, Ini Respons Ibu Aliff Aziz


Anak perempuan bongsu jadi perempuan simpanan boss

Wanita itu juga turut mendedahkan seorang lagi anak perempuannya terlibat dengan skandal di pejabat.

Apa yang membuatkan dia berada kecewa adalah selepas mendapat tahu anak bongsunya ini menjalinkan hubungan sulit dengan majikannya yang sudah berkahwin.

“Apa yang lebih mengejutkan saya ialah demi untuk kemajuan kerjayanya, dia sanggup melibatkan diri dengan bos yang sudah berkahwin dan menjadi perempuan simpanannya,” luahan si ibu.

Ibu mohon tunjuk ajar cara nak buat anak kembali ke pangkal jalan

Disebabkan pendedahan tersebut, ibu tunggal itu mula mempersoalkan cara dirinya menjaga dan membersarkan anak.

Dalam pada itu, wanita berkenaan juga memohon tunjuk ajar daripada netizen berkongsi bagaimana cara untuk membimbing anak perempuannya ke jalan yang benar.

#Viral #Anak #Anak perempuan #Tular #Ibu #Perempuan Simpanan #Pangkat #Boss
;