Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”

Asyikin Mayudin
26/04/2024 00:55 MYT
Nama ibu kepada penyanyi Zaki Yamani iaitu Fatimatuzahra Samad turut dipetik dalam perbualan antara aktres Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz.

Tak Nak Masuk Campur

Menerusi paparan skrin perbualan yang dikongsikan wanita bernama Sarah Yasmine, Ruhainies mendakwa penyanyi Bella Astillah ada memberi Fatimatuzahra mendengar rakaman suara antara aktres itu dengan Aliff.

“Sempat dah bercerita dekat Jiha, mak cik Zaki. Bukan itu saja, dia dah bagi Zaki Yamani punya mak itu dengar rakaman suara kita tu,” mesej Ruhainies kepada Aliff.

Bagaimanapun ketika dihubungi Gempak, Fatimatuzahra berkata dia tidak mempunyai kaitan dengan isu yang sedang hangat diperkatakan.

Malah dia juga berharap agar tiada pihak yang mengaitkannya dengan kontroversi tersebut.

“Saya pun tak tahu nama dikaitkan. Sebab tak pernah berbual langsung hal mereka. Macam mana dia boleh petik saya tu kena tanya tuan punya badan sendiri.

“Saya tak ada kaitan dengan isu itu dan tak nak campur dalam hal tersebut. Harap jangan kaitkan saya,” katanya kepada Gempak.

Bukan sahaja ibu Zaki, ada beberapa selebriti lain turut terkait dengan isu itu iaitu Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Fuad Rahman dan Tom.

Terdahulu, wanita yang mendakwa dirinya kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine mendedahkan paparan skrin perbualan Ruhainies dengan Aliff Aziz.

BERITA TRENDING: Aliff Aziz Kantoi Tiada Lesen Memandu, Ruhainies Arah Jangan Pulangkan Kereta Bella

BERITA TRENDING: Berang Dituduh Hasut Jenama Lain, Bella Astillah ‘Sound’ Ruhainies - “Macam Mana Boleh Terfikir Idea Fitnah Sampai Tahap Ini!”

#Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Zaki Yamani #Sarah Yasmine #Ibu Zaki
;