Pendedahan kekasih gelap pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, Sarah Yasmine baru-baru ini berjaya mendapat perhatian ramai.

Menerusi paparan perbualan dipercayai milik Aliff dan individu yang bernama ‘NRF’ menerusi aplikasi WhatsApp dapat dilihat Aliff seperti mahu memulangkan semula kereta milik Bella kerana tidak mahu merumitkan keadaan.

Namun, NRF memberikan candangan kepada Aliff untuk tidak memulangkan kenderaan pemberian isterinya, Bella Astillah.

Selain itu, Aliff memberitahu bahawa dia tidak tahu bagaimana mahu membayar ansuran kereta tersebut selain tidak mempunyai lesen memandu.

Sebelum ini, Sarah Yasmine sekali lagi menarik perhatian netizen di laman sosial apabila mendedahkan paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dan Aliff Aziz yang memaparkan mesej romantis, komplot jatuhkan Bella Astillah dan sebagainya.

Berita Trending: Kasihan Ibu Aliff Aziz, Dihentam, Dibenci Netizen... Sarah Yasmine…

Berita Trending: Nama Dipetik Isu Aliff Aziz, Isteri Caprice Tampil Pertahankan Diri -…