Kakak kepada penyanyi Zamani Slam yang juga ibu kepada penyanyi dan komposer Zynakal iaitu Zuraidah Ibrahim telah menghembuskan nafas terakhir tengah hari tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh penyanyi Sharifah Zarina di Instagram (IG) miliknya.

"Khabar duka ke dua yang saya terima hari ini. Kakak zuraidah iaitu saudara kandung kepada abang @iamzamani.official dan ibu kepada @zynakal baru sahaja berpulang kepangkuan Illahi sebentar tadi.

"Ya Allah ampuni lah dia,lapangkanlah lahadnya, tempatkannya bersama golongan beriman. Kakak yang sangat baik," tulisnya.

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ. Khabar duka ke dua yang saya terima hari ini. Kakak zuraidah iaitu saudara kandung kepada abang @iamzamani.official dan ibu kepada @zynakal baru sahaja berpulang kepangkuan illahi sebentar tadi. Ya Allah ampuni lah dia,lapangkanlah lahadnya, tempatkannya bersama golongan beriman. Kakak yang sangat baik❤️..

A post shared by Sharifah Zarina (@sharifahzarina_official) on


Difahamkan, arwah meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.