i.D Episod 2 – Watak Tengku Remy Sudah Bermula! Jazman Sakit Hati Sampai Belasah Tengku Remy?
Umirah Halim
07/03/2024 12:00 MYT
07/03/2024 12:00 MYT
Bagi episod kedua, siri drama premium terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Alpha47 ini, penonton sudah dapat menyaksikan pelbagai plot menarik yang pasti akan membuatkan anda tak sabar untuk menunggu episode seterusnya.
Bagi yang belum menonton, Gempak akan kongsikan sedikit sedutan kisah yang terjadi pada episod kedua i.D.
Tengku Remy is ON!
Selepas berjaya membeli followers daripada Paati Shanti, Aidi Zabran dan Alia Mukhriz memulakan misi mereka untuk mencipta karakter Tengku Remy bagi memikat hati wanita idaman Aidi, Anggun Zahra.
Bagaimanapun, Aidi Zabran masih tidak dapat menahan perasaan gugupnya lagi ketika bertentang mata dan berbual bersama wanita idamannya itu.
Jazman Serang Tengku Remy Sebab Sakit Hati Nampak Anggun Berdua!
Selepas Jazman ‘kantoi’ curang dengan wanita yang bernama babyjuju, Jazman masih mencuba lagi untuk memujuk bekas kekasihnya itu.
Percubaannya untuk memujuk Anggun bertukar tragedi apabila Jazman bertindak menumbuk Tengku Remy selepas melihat mereka berdua berbual.
Dato Rahim Dah Mula Cari Siapa Yang Curi Data
Pada episode kali ini, Dato Rahim memulakan pencariannya untuk menjejaki individu yang telah mencuri data aplikasi syarikatnya itu.
Dato Rahim telah bertindak agresif dengan memukul dan mengugut semua bekas pekerjanya demi mencari siapakah yang telah mencuri data tersebut.
Mampukah Dato Rahim cari siapa yang telah mencuri data syarikatnya? Jangan lupa tonton episode penuh siri drama premium i.D.
Untuk pengetahuan, siri drama premium 8 episod ini menampilkan barisan bakat pelakon terkenal tempatan termasuk Naim Daniel (Aidi Zabran), Amelia Henderson (Anggun Zahara), Aedy Ashraf (Jazman Rahim), Datuk Rosyam Nor (Rahim Abadi), Ellyza Azizi (Alia Mukhriz), Shantini Venugopal (Patti Shanti), Joyce Harn (Jo), Jo Kukathas (Dato Kumari Lakshmi) dan ramai lagi.
Saksikan i.D setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Premier (410)
Siri drama premium terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Alpha47 ini, 9 malam, menerusi Astro Premier (Saluran 410) atau boleh menyaksikan episod awal di setiap minggu bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro GO.
Sinopsis i.D
i.D, mengisahkan Aidi, seorang pereka aplikasi yang telah mencipta BEBAS App, aplikasi penting yang digunakan sewaktu penularan wabak dengan menempatkan maklumat-maklumat pengguna bagi tujuan pemakluman info semasa. Jazman, seorang pengurus syarikat di mana tempat Aidi bekerja telah memecat Aidi tanpa sebarang alasan yang munasabah.
Dendam Aidi terhadap Jazman terus memuncak, ditambah pula apabila melihat kemesraan Anggun, gadis idaman Aidi, sering bersama Jazman. Akibat dendam, Aidi telah mencuri 27.7 juta maklumat pengguna daripada BEBAS App dan mencipta watak baharu iaitu Tengku Remy di alam maya untuk berkenalan dengan Anggun.
Data yang digodam oleh Aidi juga telah dijual kepada pihak yang tidak bertanggungjawab demi mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Namun tanpa disedari, aktiviti haram yang dilakukan ini telah menjerumus kepada masalah besar yang bakal menimpa Aidi.