Pelakon, Aedy Ashraf sanggup mewarnakan rambutnya blonde demi menghasilkan sebuah lakonan yang berkesan di dalam sebuah drama bersiri I.D yang bakal ditayangkan Februari ini.
Menurut Aedy, idea mewarnakan rambutnya kepada blonde tersebut merupakan ideanya tersendiri yang bertujuan bagi menghidupkan wataknya sebagai Jazman Rahim.
“Selepas hasil perbincangan dengan producer dan director saya, kita nak bagi karakter Jazman ni sebagai yang betul-betul orang nampak orang akan tahu mamat ni poyo gila.
“Jadi, saya sendiri yang memang come out dengan idea itu sebab saya suka kelainan daripada segi rambut kalau macam karakter-karakter saya sebelum ini pun memang saya suka buat begitu.
“Bila dah berbincang dan semua okay saya macam fikir why not untuk karakter ini saya bleach rambut saya,” ujarnya ketika ditemui Gempak.

Berita Trending: Drama I.D, Angkat Isu Jenayah Siber, Bakal Tayang 23 Februari Ini!


Siri drama premium 8 episod ini menampilkan barisan bakat pelakon terkenal tempatan termasuk Naim Daniel (Aidi Zabran), Amelia Henderson (Anggun Zahara), Aedy Ashraf (Jazman Rahim), Datuk Rosyam Nor (Rahim Abadi), Ellyza Azizi (Alia Mukhriz), Shantini Venugopal (Patti Shanti), Joyce Harn (Jo), Jo Kukathas (Dato Kumari Lakshmi) dan ramai lagi.
Saksikan I.D bermula bermula 23 Februari, setiap Jumaat jam 9 malam.
Siri drama premium hasil karya daripada pengarah Projek Anchor SPM, Razaisyam Rashid, terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Alpha47 ini bakal bersiaran pada 23 Februari, 9 malam, menerusi Astro Premier (Saluran 410) atau boleh menyaksikan episod awal di setiap minggu bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro GO.
Sinopsis I.D
I.D, mengisahkan Aidi, seorang pereka aplikasi yang telah mencipta BEBAS App, aplikasi penting yang digunakan sewaktu penularan wabak dengan menempatkan maklumat-maklumat pengguna bagi tujuan pemakluman info semasa. Jazman, seorang pengurus syarikat di mana tempat Aidi bekerja telah memecat Aidi tanpa sebarang alasan yang munasabah.
Dendam Aidi terhadap Jazman terus memuncak, ditambah pula apabila melihat kemesraan Anggun, gadis idaman Aidi, sering bersama Jazman.
Akibat dendam, Aidi telah mencuri 27.7 juta maklumat pengguna daripada BEBAS App dan mencipta watak baharu iaitu Tengku Remy di alam maya untuk berkenalan dengan Anggun.
Data yang digodam oleh Aidi juga telah dijual kepada pihak yang tidak bertanggungjawab demi mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Namun tanpa disedari, aktiviti haram yang dilakukan ini telah menjerumus kepada masalah besar yang bakal menimpa Aidi.