TERKINI
Idayu Tak Serik Sertai Pertandingan, Ingin Cuba Nasib Di X Factor Indonesia - "Saya Memang Suka Cabaran ..."
Penyanyi, Idayu mengakui dirinya tidak pernah serik untuk kembali menyertai mana-mana pertandingan nyanyian di Malaysia.
Menurut Idayu atau nama sebenarnya, Nur Farah Idayu Yakob, 40, dia merasakan setiap pertandingan mempunyai cabaran tersendiri yang mendorongnya untuk terus mencabar kemampuan diri dalam bidang seni ini.
Oleh itu, penyanyi itu mahu menyahut cabaran untuk menguji tahap kemampuannya dalam bidang nyanyian.
"Saya memang suka cabaran dan pertandingan. Selagi ada peluang, saya akan cuba. Saya ingin menguji sejauh mana kemampuan diri saya, adakah saya masih boleh menyanyi seperti dulu,” katanya kepada Gempak.
Idayu berkata demikian ketika menghadiri majlis pelancaran Showcase An Evening To Remember with Alyah, Idayu, Ayu di Hotel Park Inn by Raddison baru-baru ini.
BERITA BERKAITAN: Nama Dipetik Terkait Kes Penahanan Pil Kuda di Thailand, Idayu Tampil Pertahankan Diri - "Ramai Betul Yang Tag Kita…"
BERITA BERKAITAN: Hebat! Rakaman Hanya 1 Jam? Idayu Tampil Dengan Single Jangan Menangis Cinta.
Tambahnya lagi, pelantun lagu Ganti Diriku itu turut meluahkan hasratnya untuk menyertai program popular Gegar Vaganza (GV), memandangkan ramai rakan artis menyifatkan cabaran dalam pertandingan itu cukup susah.
"GV adalah antara program yang saya paling ingin sertai. Ramai yang kata susah, tetapi itulah yang saya cari. Saya memang suka cabaran.
"Kalau produksi GV menghubungi saya, saya pasti akan terima. Tahun lepas saya sempat hadir untuk uji bakat, tetapi rezeki belum menyebelahi saya,” jelasnya.
Pada masa sama, penyanyi itu turut mengakui dia pernah menyertai ujibakat One In Million (OIAM) baru-baru ini namun, rezeki masih lagi tidak menyebelahi dirinya untuk kali ini.
Bagaimanapun, Idayu tidak menjadikan kegagalan itu sebagai kekecewaan, sebaliknya melihatnya sebagai perkembangan positif apabila semakin ramai peminat menghargai bakatnya.
"Saya tidak terlalu kisah jika gagal masuk, tapi apa yang lebih penting adalah komen-komen netizen di media sosial. Itu menandakan mereka mahukan saya. Mereka nampak dan menghargai bakat saya,” kongsinya.
Selain itu, Idayu turut berkongsi dia bakal menyertai sesi uji bakat program X Factor Indonesia pada hujung tahun ini.
Dalam perkembangan lain, Idayu, Ayu Damit dan Datin Alyah bakal bergabung di atas satu pentas menerusi sebuah showcase yang dijadualkan berlangsung pada 21 dan 22 Jun ini di Hotel Park Inn by Radisson, Putrajaya.
Gabungan ini turut dianggap sebagai kemunculan semula (comeback) buat Idayu untuk terus memperkukuhkan kerjaya seninya.
"Selama ini saya banyak terlibat dengan persembahan makan malam sehingga ada yang menganggap saya tidak lagi aktif dalam dunia seni.
"Mungkin ini adalah 'comeback' buat saya. Kami bertiga juga akan bergerak sebagai satu jenama untuk persembahan-persembahan akan datang," katanya.
BERITA BERKAITAN: Sertai Gegar Vaganza? Jeslina Hashim Kata Tidak - “Macam Mana Saya Nak…”
BERITA BERKAITAN: Soma Sedia Sertai Gegar Vaganza, Berani Ambil Cabaran Cuba Genre Lain - “Kenapa Tidak Untuk Saya…”
Must-Watch Video