Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ifan Seventeen Jalani Prosedur Bayi Tabung Uji Kerana Ada Masalah Kesihatan?

Amri Hassan
06/07/2021 00:31 MYT
Vokalis kumpulan Seventeen, Ifan dan isteri, Citra Monica mengakui sering diajukan pertanyaan tentang keputusan mereka untuk membuat prosedur bayi tabung uji.

BACA: Berkahwin Tidak Sampai Sebulan, Ifan Seventeen & Isteri Jalani Program IVF Untuk Dapat Zuriat

Baru sahaja melangsungkan perkahwinan dua bulan lalu, pasangan itu kelihatan ceria dan bersemangat untuk memulakan proses terbabit.

Jelas Ifan, dia dan isteri disarankan oleh doktor yang merawat mereka untuk melakukan prosedur itu atas faktor usia. Ifan kini berusia 38 tahun, manakala Citra 36 tahun.

"Banyak yang nanya kenapa kami harus menjalani proses bayi tabung, apa citra sakit? Atau aku yang tidak sehat?

"Kami berdua alhamdulillah sihat, cuma bayi tabung adalah salah satu saran terbaik yang diberikan setelah konsul dengan dokter canggih @carolinehutomo.

"Faktor pertimbangannya ada beberapa, selain karna umur, kita juga pengen ini berjalan lebih cepet Insya-Allah, satu lagi ini bentuk ihtiar kita dalam meminta anak cowo sama Allah," jelasnya.

A post shared by Riefian Fajarsyah (@ifanseventeen)


Ifan turut berkongsi proses terbabit menerusi saluran YouTubenya Ifan Seventeen TV.

Dalam pada itu, Ifan akui teruja menantikan perkembangan proses yang sedang dijalani mereka suami isteri.

"Dan hari ini dihari ke 3, ada 3 calon Embrio yang InsyaAllah akan menjadi bayi kami. Lucu bangettt pas liat mereka bergerak satu sama lain dalam proses “pencocokan”, mahluk kecilll yang aktif dan bergerak terus.

"Doakan lancar ya teman-teman, doakan embrionya sehat, ibunya sehat, lancar sampai hari persalinan," tambahnya.

A post shared by Riefian Fajarsyah (@ifanseventeen)


Ifan dan Citra Monica telah mendirikan perkahwinan pada 29 Mei lalu.
#Viral #Indonesia #Artis #IVF #Ifan Seventeen #Bayi Tabung Uji #Citra Monica