Viral

IG Jual Barang Ex Jadi Sebutan Netizen Siap Boleh Rate Kebencian - "Ada Yang Nak Jual Balik Motor, Kereta, Gelang & Mikrovawe Ex Bagi"

Amri Hassan
27/10/2020
15:20 MYT
Bercinta ada pasang surut, andai jodoh tak kesampaian hubungan mungkin berkecai separuh jalan.
Ada banyak cara untuk melupakan bekas kekasih dan salah satunya melupuskan ingatan bersama barangan yang pernah tersemat memori bersama ketika bercinta.
Sebuah akaun Instagram @kedaipernahsayang mencuri tumpuan netizen baru-baru ini apabila pemiliknya menyediakan platform untuk individu menjualkan semula barangan yang punyai kisah menarik kepada orang ramai.
Jelas pemiliknya yang enggan didedahkan identiti, idea terbabit tercetus selepas menonton filem Indonesia, Toko Barang Mantan.
"Saya memang menjual barangan preloved di akaun peribadi, kebanyakannya barangan rumah, beg, kasut dan cenderamata.
"Memang ada rancang nak buat IG shop untuk semua barang ini tapi susah nak fight dengan IG shop sedia ada.
"Jadi, idea terlintas apabila saya menonton filem Toko Barang Mantan. Kamu tidak menjual barang itu, sebaliknya cerita di sebaliknya. Yang mana saya rasa orang lagi berminat nak tahu," katanya kepada Gempak.
Konsepnya, dia akan menjadi orang tengah untuk mengiklankan barangan dari pelanggannya dan setiap barangan perlulah mematuhi syarat yang ditetapkan.
"Pada mulanya saya ingat orang akan maki tapi saya terkejut ramai yang suka. Ada yang kongsi cerita kelakar, sedih dan tak masuk akal.
"Saya akan maklumkan kepada pemilik untuk menjual dengan harga serendah mungkin supaya menyenangkan barangan itu dibeli.
"Saya akan ambil komisyen untuk harga barang yang nak jual. Kalau saya minat saya sendiri akan beli dan tetapkan harga. Kalau sudah ada pembeli, mereka akan berhubung terus dengan pemilik asal.
"Perniagaan ini berlandaskan kepercayaan. Anda guna servis saya, saya percaya yang anda akan membayar bahagian saya. Sebab niat asal pun nak tolong orang.
"Tapi, syarat utama barang itu mestilah dari ex. Itu saja," tambahnya.
Menariknya tentang akaun berkenaan, pengurusnya memberikan peluang untuk menilai sendiri tahap kebencian pemilik barang berkenaan kepada bekas kekasih selain nota berbentuk pesanan kepada ex.
Biarpun baru dua minggu membuka akaun terbabit, dia bertemu dengan pelbagai kisah suka dan duka dengan pemilik barang berkenaan.
"Ada seorang gadis ini dia nak jualkan telefon pintarnya sebab ex dia meninggal dunia selepas kali pertama dating. Mereka berhubung melalui sosial media dan bila dah jumpa itu kali pertama dan terakhirnya.
"Yang kelakar pula, ada seorang lelaki nak jualkan kereta. Dia dah booking kereta sekarang tengah tunggu kereta itu sampai. Tapi jodoh tak panjang.
"Selain itu, ada juga seorang pelajar kolej yang nak jual kucing. Dia beli kucing itu dengan ex dia. Bila sudah berpisah, dia tak nak kucing itu lagi," ujarnya.
Dia sendiri pun tidak lari daripada kisah silam dan perpisahan. Nasihatnya; "bangun balik! Masa depan anda bergantung pada apa yang anda lakukan hari ini."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bekas Kekasih Influencer Popular Tampil Spill The Tea? - “Kalau Betul Kau Tak Salah..”

gempak
29/05/2024
03:10 MYT
Seorang wanita tampil membuat pengakuan mendakwa dirinya pernah ada hubungan cinta bersama pempengaruh islamik, Qawiyaro atau Qawiy.
Terkini

Leona Terkilan Bekas BFF Elak Berjumpa, Belum Mohon Maaf - "Saya Tak Block Dia, Pernah Cuba Berbaik Tapi ..."

gempak
22/05/2024
03:55 MYT
Kontroversi mengenai kawan baik didakwa telah ‘sailang’ bekas kekasih anak kepada selebriti Azhar Sulaiman, Leona pernah kecoh di laman sosial sebelum ini.
Laman Utama

Bantu Palestin, Melly Goeslaw Kumpul Puluhan Ribu Hasil Jualan Preloved

gempak
20/10/2023
14:56 MYT
Ada banyak cara yang dilakukan untuk membantu mangsa seagama di Gaza.
Laman Utama

Neelofa Preloved Koleksi Kasut Jenama Mewah; “Harga RM14,000, Tapi Nak Jual RM1,000 Je…”

gempak
04/02/2023
15:00 MYT
Wow murah!
Laman Utama

“Jual Barang Preloved, Tapi Bila Sampai Copy Ori” - Kecoh Safiey Ilias Scam Orang Jual Handbag Palsu?

gempak
18/05/2022
00:50 MYT
Safiey Ilias jual handbag tipu?