Ika Nabella Mohon Maaf Secara Terbuka - "Tiada Niat Melainkan..."

Asraf Aided
Jun 19, 2020 09:22 MYT
Pelakon Ika Nabella akui runsing seandainya pernah mengguris hati mana-mana pihak selama kewujudannya di media sosial.
Menurut Ika, selepas meluahkan kerisauan itu kepada suaminya, dia dinasihati untuk memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai.
"Saya terfikir, sepanjang saya di media sosial, ada ke saya tersakitkan hati orang? Tanpa sengaja tersinggungkan perasaan sesiapa, macam mana saya nak minta maaf kalau saya tak sedar?
"Saya tanya suami, dia suruh saya minta maaf secara terbuka, tetapi sebelum minta maaf, saya kena maafkan orang yang buat saya tersinggung dahulu, bukan susah pun.
"Jadi, saya nak memohon sepuluh jari minta ampun dan maaf andai sebarang posting saya selama ini buat sesiapa di antara anda yang tersinggung atau rasa tak selesa," tulis Ika di Instagram.
Dalam pada itu, Ika juga menjelaskan semua perkongsiannya di media sosial hanyalah untuk berkongsi buah fikiran semata-mata.
"Tiada niat melainkan cuma berkongsi buah fikiran, saya pun maafkan korang juga okay?" tambahnya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Ika meninggalkan respon positif, tidak kurang juga yang memuji kecantikannya.
Terdahulu, Ika dan suaminya, Muhammad Zaid Aznam mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Pulau Pinang.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini menerima cahaya mata lelaki pada 23 Otober lalu.
#pelakon #Mohon Maaf #Pelakon #Ika Nabella