“Ikhlas Untuk Yang Teringin…” - Tunai Hasrat Ibu Hamil, Mua Bellaz Buat 1000 Karipap Pusing Free Secara Manual

Mya Amri
April 8, 2021 05:43 MYT
Sempena ulang tahun kelahirannya, jurusolek popular MUA Bellaz menunaikan hasrat ibu-ibu hamil yang ingin merasakan kuih karipap pusing hasil air tangannya.
Menerusi beberapa posting terbaharu di akaun Instagram miliknya, Bella atau nama sebenarnya Nur Nabilah Zulyadaini, 29, berkongsi perkembangan mengenai pembuatan karipap pusing itu.
“Kami tak lena lagi dari semalam, tingai lagi 260 biji lagi. Insya-Allah dah siap smua Bellaz update na.
“Lambat sikit al maklumlah semua manual ja dengan anak-anak kecik lagi hampa hihi. Alhamdulilah ada kawan dua tiga orang datang membantu tadi.
“Insya-Allah saya buat dengan tulus ikhlas hati saya. Demi Allah ikhlas dari kami berdua untuk ibu-ibu hamil yang teringgin nak rasa karipap pusing muabellaz akan diedarkan secara percuma,” coretnya.
Untuk rekod, Bellaz sebelum ini Bellaz juga pernah tampil menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
BACA: “Mahu Berkongsi Tanpa Mengira Bangsa & Agama”- MUA Bella Pula Tampil Hulur Tablet Buat Pelajar Memerlukan
#Jurusolek #Mua Bellaz #Make Up Artist #MUA Bella #Karipap Pusing #Tunai Hasrat